Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.rat] | سيرت

Definisi : mata jala (jaring dll); ~-~ gigi celah-­celah gigi; bersirat berjalin-jalin, berjala-jala, berselirat: kain ungu bertepi merah, berair mas dipahat, ~ benang mas bertatah pudi manikam; menyirat membuat jala dll, menganyam, menjalin, merajut: ia sedang ~ jala ikannya di dapur; tersirat 1. telah disirat (jala, rajut, dll), terjalin; 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu): rahsia besar yg ~ di hati­nya tidak ada seorang pun yg mengetahui­nya; siratan 1. jalinan; 2. sesuatu yg tersembunyi: dgn melihat ~ dlm suratan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.rat] | سيرت

Definisi : Ar 1. jambatan, titian; 2. titian (yg halus) yg melintasi neraka utk ke syurga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.rat] | سيرت

Definisi : , = siratan mata jaring atau mata jala: ~ gigi sela-sela gigi. bersirat ber­jalin-jalin keadaannya; berselirat: Kain ~ benang emas. menyirat mengait be­nang utk membuat jaring dll; menganyam jaring dll. tersirat 1 telah disirat (bkn jaring dll). 2 ki terkandung atau tersembunyi; tersimpan: Tiada se­siapa yg tahu akan apa-apa yg ~ dlm hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sirat
Kata Terbitan : bersirat, menyirat, tersirat, siratan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengapakah di dalam kamus dewan edisi keempat ,perkataan ' Siaratul' dan 'mustakim' dieja dekat?.. manakah yang betul ejaan 'siratul' dan 'mustakim'? adakah dipisahkan atau didekatkan? kerana khidmat pihak tuan menjawab soalan saya dan memberikan perkata 'siratul' dan 'mustakim' dieja pisah..sangat berbeza dengan kamus dewan.. arap tuan dapat selesaikannya.Ejaan yang betul ialah siratulmustakim, iaitu frasa daripada bahasa Arab yang bermaksud jalan yang lurus. Walau bagaimanpun dalam bentuk patah perkataan ejaan sirat dan mustakim juga betul, sirat bermaksud jalan atau titian, manakala mustakim bermaksud lurus.Ejaan28.03.2012

Kembali ke atas