Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.rat] | سيرت

Definisi : mata jala (jaring dll); ~-~ gigi celah-­celah gigi; bersirat berjalin-jalin, berjala-jala, berselirat: kain ungu bertepi merah, berair mas dipahat, ~ benang mas bertatah pudi manikam; menyirat membuat jala dll, menganyam, menjalin, merajut: ia sedang ~ jala ikannya di dapur; tersirat 1. telah disirat (jala, rajut, dll), terjalin; 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu): rahsia besar yg ~ di hati­nya tidak ada seorang pun yg mengetahui­nya; siratan 1. jalinan; 2. sesuatu yg tersembunyi: dgn melihat ~ dlm suratan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.rat] | سيرت

Definisi : Ar 1. jambatan, titian; 2. titian (yg halus) yg melintasi neraka utk ke syurga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.rat] | سيرت

Definisi : , = siratan mata jaring atau mata jala: ~ gigi sela-sela gigi. bersirat ber­jalin-jalin keadaannya; berselirat: Kain ~ benang emas. menyirat mengait be­nang utk membuat jaring dll; menganyam jaring dll. tersirat 1 telah disirat (bkn jaring dll). 2 ki terkandung atau tersembunyi; tersimpan: Tiada se­siapa yg tahu akan apa-apa yg ~ dlm hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sirat
Kata Terbitan : bersirat, menyirat, tersirat, siratan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
SubuhKamsah SiratMedia Permata24.11.1994
Pantai BahagiaSirat Haji IsmailUtusan Zaman26.01.1976
Pantai BahagiaSirat Haji IsmailUtusan Zaman01.12.1976
Selamat pagi: Watan bukan sirat khabar nyamuk kata Datuk MohamedRahmatMelan AbdullahWatan12.03.1982
PantunMustaffa Haji SiratBerita Minggu (Perspektif)07.07.2002
Ke Pangkuan SahabatMustaffa SiratBerita Harian11.10.2008
Warna-warna di PSN8Kamsah SiratMedia Permata16.06.1994
MP majukan bahasa MelayuKamsah SiratMedia Permata24.11.1994
Unsur pembaharuan dalam drama 'Encong'Kamsah SiratBerita Harian20.07.1985
Bahasa Melayu, bahasa budaya seluruh NusantaraMohd. Shamsuddin SiratSabah Times10.11.1982
123

Kembali ke atas