Kurik Kundi Merah Saga | Jangan tebang pinang tinggi, Takut kena junjung sirih; Jangan kacau tunang kami, Takut terkena hujung keris. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik ke bukit bertanya anjung, Buat tanam pisang baka; Kandar sirih sembilan junjung, Nak meminang anak pusaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning naik junjung, Mari dikait pisau patah; Putih kuning turun bertudung, Sayang sedikit gigi berasah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning naik junjung, Mari dikait pisau patah; Putih kuning turun bertudung, Sayang sedikit gigi berasah. |