Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
junjung
Kata Terbitan : menjunjung, junjungan,

Puisi
 

Naik ke bukit bertanya anjung,
     Buat tanam pisang baka;
Kandar sirih sembilan junjung,
     Nak meminang anak pusaka.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sirih Isj tumbuhan (pokok renek yg memanjat dan daunnya dimakan dgn pinang, gambir, kapur, dll), Piper spp.; bujur ~ bentuk spt bentuk daun sirih (muka), lonjong lancip ke bawah; menghantar ~ sl menghantar berbagai-bagai barang kpd bakal besan; wang ~ wang upah; ~ air sj sirih, Piper miniatum; ~ berbunga Kl alat perlengkapan utk meminang; ~ carang daun sirih yg muda; ~ duduk sj sirih, Piper sarmentosum; ~ hantu sj sirih, Piper cani­num; ~ hutan sj sirih, Piper caninum (cur­tisii); ~ kaduk sj sirih, Piper caba; ~ kerakap daun sirih yg di bawahnya kasar dan keras; ~ masak sirih selengkapnya (utk dikunyah); ~ Melayu = ~ Cina = ~ hudang sj sirih, Piper betle; ~ murai sj sirih, Piper ribesioides; ~ pinang barang-barang yg dibawa kpd seseorang (sbg tanda penghormatan); ~ rakit Kl susunan daun sirih yg ada seratus dua puluh helai; ~ rimau sj sirih, Piper porphyro­phyllum; ~ rimau putih sj sirih, Piper argy­rites; ~ seberkas Kl susunan daun sirih yg seratus helai banyaknya; ~ sekapur (setampin) sirih segulung (selengkapnya); ~ sesusun Kd susunan daun sirih yg dua puluh helai banyak­nya; ~ tanya sirih selengkapnya yg diberikan kpd ibu bapa anak gadis yg dipinang; ~ berlipat datang sendiri prb a) beroleh ke­untungan dgn mudah; b) mendapat orang yg dicintai dgn tidak bersusah payah; ~ naik, junjungan naik prb mendapat untung dan bahagia silih berganti; ~ naik, junjungan patah prb baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula; ~ pulang ke gagang prb kena pd tempatnya; ada ~ hendak makan sepah prb ada yg baik hendak­kan yg buruk; seikat bagai ~, serumpun bagai serai prb orang yg bermuafakat benar-benar (seia sekata); umpama ~, menjalar dulu ke­mudian melilit barulah memanjat ke pucuk junjung prb tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya; penyirih orang yg suka makan sirih.Kamus Dewan Edisi Keempat
junjungkayu, buluh dsb yg menopang tanam-tanaman yg memanjat atau menjalar spt sirih, kacang panjang dsb: ~ sirih; menjunjung 1. membawa sesuatu di atas kepala: perempuan tua itu ~ bakul yg berisi padi; 2. mematuhi (titah dll), menurut: patik ~ titah tuanku; 3. amat menghormati, me­muliakan, amat menghargai: mesej yg bersifat kemanusiaan, ~ nilai-nilai moral dan spiritual; ~ duli = ~ kaki memberi khidmat kpd raja; ~ tinggi sangat menghargai; ~ sangkak ayam prb Mn mendapat malu; dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu prb hukuman (aturan, perintah) yg sangat berat dan keras; kerja raja dijunjung, kerja kita dikelek prb lebih mementingkan kerja orang lain drpd kerja sendiri; menjunjungkan mengangkat sesuatu ke atas kepala seseorang (utk dibawa); junjungan 1. benda yg dijunjung; 2. orang yg dimuliakan (khusus utk Nabi Muhammad SAW); 3. Mn suami; 4. galah tempat pokok menjalar atau memanjat, jalaran, junjung; berjunjungan bersuami; perjunjungan = ~ duli perihal menjunjung duli.Kamus Dewan Edisi Keempat
turus2 kayu atau buluh tempat kacang, sirih dll melilit; junjung.Kamus Pelajar
turus1 tiang drpd kayu dll utk mengu­kuhkan sesuatu. 2 kayu atau buluh tempat kacang, sirih dll melilit; junjung. 3 pegawai-pegawai kanan tentera yg mengurus hal-hal perancangan dsb: ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); pegawai ~ pegawai tentera yg membantu pegawai peme­rintahnya. ~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat. ~ empang tiang yg menahan empang supaya kukuh. ~ tulang belakang rentetan tulang belakang yg menyangga badan dan di dlmnya terdapat saraf tunjang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
junjung IIkayu atau buluh tempat tanam-tanaman (spt kacang, sirih) melilit: spt kaduk naik ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
junjung IIkayu atau buluh tempat tanam-tanaman (spt kacang, sirih dll) melilit: spt kaduk naik ~.Kamus Pelajar
kaduk Isj tumbuhan (pokok renek), akar bugu, kudak, mengkadak, sirih duduk, Piper sarmentosum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Piper stylosum; spt ~ kena air tahi prb orang yg tiada berguna tetapi panjang umurnya; spt ~ naik junjung prb orang yg hina apabila mendapat pangkat dll berbuat mengada-ngada.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas