Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : barang-barang yg dibawa kpd sese-orang (sbg tanda penghormatan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pinang
Kata Terbitan : meminang, pinangan, peminang,

Puisi
 

Buah keranji buah delima,
     Mari letak atas meja;
Sirih pinang sudah kuterima,
     Tanda jadi kita berdua.


Lihat selanjutnya...(43)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bujambujamKesenianTiadaBakul kandung daripada mengkuang, berbentuk sumpit, lazimnya bertekat benang emas dan digunakan untuk mengisi peralatan sirih pinang.
kampilkampilKesenianTiadaBakul selempang daripada mengkuang yang berbentuk bujur di bahagian mulut dan dasarnya luas, bersahap dan beranyam rapat, digunakan untuk membawa makanan ringan seperti sirih, pinang dan tembakau.
assonanceasonansiKesusasteraanPuisiPengulangan bunyi vokal yang sama pada perkataan yang berturutan dalam baris-baris puisi. Pengulangan begini menimbulkan kesan kehalusan, kelembutan, kemerduan atau keindahan bunyi. Contohnya, baris 'senyum tetamu melapah restu' iaitu petikan daripada puisi "Sirih Pinang" dalam kumpulan Bunga Waktu karya Ahmad Sarju. Sinonim runtun vokal.
apis Ib.apis Ib.KesenianTiadaBakul hias daripada rotan, berbentuk kecil, nipis, leper tanpa ribis, beranyam halus dan rapat dan boleh digunakan untuk membawa atau menyimpan pinang, sirih, dan lain-lain.
betel leaf holdertepak sirihArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSimbol pembuka kata atau pencuci mulut selepas makan. Tepak sirih digunakan dalam adat perkahwinan semasa upacara peminangan dan pernikahan, serta istiadat menerima tamu. Sesuai dengan fungsinya untuk mengisi daun siri, bahagian tepak dibentuk dengan ruang petak tertentu yang mengandungi beberapa bekas seperti bekas sirih, bekas pinang, bekas kapur, bekas gambir, bekas tembakau, bekas bunga dan sebagainya. Tepak sirih juga digunakan dalam adat istiadat perkahwinan diraja dan diperbuat daripada bahan perak.
Piper betlesirihHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pemanjat dalam famili Piperaceae. Tumbuhan ini ditanam menggunakan kayu sokong atau melekat dan memanjat pada batang pokok dan pagar. Daunnya berbentuk jantung dan permukaan atasnya berkilat. Daun segar digunakan untuk menghentikan darah pada hidung, dibuat cucian sebagai antiseptik, dan dimakan untuk mengubati batuk dan kecacingan. Daun sirih bertemu urat digunakan untuk mandi bunga dalam perubatan tradisional. Daun sirih dimakan bersama kapur, pinang dan gambir sebagai amalan tradisi.
betelsirihPentadbiran PerniagaanTiadaTumbuhan memanjat yang daunnya dimakan dengan pinang, gambir, kapur dan lain-lain.
Areca catechupinangHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Arecaceae yang pokoknya tinggi dan tidak bercabang. Daunnya jenis majmuk pinat yang berpelepah panjang. Bunganya kecil dalam susunan mayang dan menghasilkan buah bertandan yang berwarna hijau, bertukar kepada jingga kemerah-merahan apabila masak. Pada asalnya, pinang ditanam untuk kegunaan bijinya tetapi kini diperkenalkan sebagai hiasan landskap. Biji buah pinang mengandungi alkaloid arekolina. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat demam dan pening kepala. Biji daripada buah matang dimakan bersama sirih dan digunakan untuk mengubati luka dan bisul. Serbuk bijinya boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Air rebusan putik buah digunakan untuk menyuburkan peranakan.
Areca catechuPinangPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Arecaceae yang pokoknya tinggi dan tidak bercabang. Daunnya jenis majmuk pinat yang berpelepah panjang. Bunganya kecil dalam susunan mayang dan menghasilkan buah bertandan yang berwarna hijau, bertukar kepada jingga kemerahan apabila masak. Asalnya ditanam untuk kegunaan bijinya, kini diperkenalkan sebagai hiasan landskap. Biji buah pinang mengandungi alkaloid arekolina. Daun digunakan secara luaran untuk rawatan demam dan pening kepala. Biji daripada buah matang dimakan bersama sirih, digunakan untuk mengubati luka dan bisul. Serbuk bijinya boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Air rebusan putik buah digunakan untuk menyuburkan peranakan.
Prismatomeris malayanatongkat haji samadHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan renek dalam famili Rubiaceae yang tumbuh secara semula jadi di dalam hutan. Tumbuhan ini mempunyai batang bersegi empat yang keras, daunnya tersusun bersetentang dan buahnya yang bersaiz kecil keluar dari dahan. Akarnya berwarna merah. Akar yang telah dikeringkan dimakan mentah bersama pinang dan sirih. Air rebusan diminum untuk merawat penyakit radang dan sebagai afrodisiak.
12

Kembali ke atas