Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.si] | سيسي

Definisi : 1. bahagian yg di kiri atau di kanan sesuatu benda, rusuk, samping, tepi: dia lari dr ~ku; lukisan badan ikan itu dilihat dr ~; 2. garisan lurus yg menyempadani (membatasi) sesuatu bidang, penjuru, segi: di tiga ~, dia dikelilingi oleh air; 3. segi, sudut, pihak (pandangan dll): mereka memandang dr ~ mereka sahaja; di sisi 1. di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu, berhampiran (dekat) dgn: ia duduk ~ suami­nya; 2. di samping (bersama-sama): ibu Ema yg telah tua itu dapat jua menghibur­hiburkan hatinya ~ suami, anak, menantu, dan cucunya; 3. di samping (selain): ~ itu, kemungkinan perkembangan bahasa itu pun menjadi lebih besar sebab lebih banyaknya jumlah manusia yg memakainya; 4. dr segi (pandangan dll): tiap-tiap rakyat itu mem­punyai hak-hak yg sama antara satu dgn lain ~ undang-undang; 5. di kalangan: ajaran Rousseau telah berkembang dan amat besar pengaruhnya ~ rakyat; ke sisi ke tepi, ke samping; dikesisikan diketepikan, dikesampingkan; bersisi, bersisi-sisian berdampingan, ber­dekatan (berjalan, duduk, dll): telah menjadi kesenangan baginya berjalan ~-sisian dgn dia ke mana-mana; menyisi 1. pergi ke sisi (ke tepi, ke sam­ping), menepi; 2. berjalan dll di sepanjang tepi (birai, pinggir), menyusur; menyisikan 1. membawa dll ke sisi (ke tepi); 2. mengetepikan (kerana tidak penting dll), mengesampingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si] | سيسي

Definisi : 1 arah atau bahagian tepi sebelah kanan atau sebelah kiri sesuatu benda: Saya tidak dpt mengecamkannya kerana saya melihat dia dr ~. 2 sudut sesuatu pandangan: Dr ~ masyarakat, perkara itu memang salah. 3 garis yg me­nyempadani sesuatu rajah (segi tiga, segi em­pat dsb). menyisi 1 pergi ke sisi; menepi. 2 berjalan dsb di sepanjang tepi sesuatu; menyusur. menyi­si­kan membawa ke sisi; meletakkan di sisi; mengesampingkan. di sisi 1 di sebelah kanan atau kiri: Saya duduk ~nya. 2 dr segi sesuatu pandangan atau pendapat: ~ undang-undang, kita mempunyai hak yg sama. ke sisi (pergi dsb) ke tepi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: rusuk, samping, tepi, lambung,
Berantonim dengan tengah

2. Bersinonim dengan pihak: bahagian, belah, segi, sudut,

Kata Terbitan : di sisi, ke sisi, dikesisikan, bersisi-sisian, menyisi, menyisikan,

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dua hujung tumpul serpihan DNA. Keratan ini digunakan untuk menyambung satu molekul yang mempunyai hujung tumpul dengan molekul lain yang mempunyai hujung lekitan. (BIO) adaxial (adaksial) Berkaitan dengan permukaan atau sisi sesuatu struktur yang terletak hampir dengan sesuatu paksi utama, iaitu tempat terlekatnya struktur tersebut. Con- tohnya, permukaan atas daun yang terletak berhampiran dengan paksi batang sesuatu pokok. (BIO) ADC (ADC penggunaan pengadukan mekanik dan amat sesuai untuk penghasilan sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan dan protein sel tunggal. (BIO) air wedge (baji udara) Susunan yang menghasilkan corak interferens akibat pantulan di sisi saput udara yang berbentuk baji. (FIZ) air-acetylene flame (nyala udara-asetilena) Nyala bersuhu tinggi yang diperoleh daripada pembakaran asetilena dalam air content air-acetylene flame Kamus Sains.indb 31

Kembali ke atas