Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.si.pan] | سيسيڤن

Definisi : 1. sesuatu yg disisipkan; 2. (Lin) imbuhan (el, em, er, dsb) yg disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si.pan] | سيسيڤن

Definisi : imbuh­an spt -el-, -em-, -er- yg disisipkan dlm sesuatu kata akar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sisipan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seam beadingsisipan kelimKesenianTiadaSisipan tirus sulaman atau seni jarum yang disisipkan di antara dua bahagian pakaian.
frame storycerita berbingkaiKesusasteraanTiadaCerita dalam cerita. Dalam cerita berbingkai, terdapat sebuah cerita induk atau cerita inti yang merangkumi cerita sisipan yang bersifat utuh kendiri dan bebas. Cerita induk biasnya menjadi bingkai kepada cerita sisipan dengan cara menyediakan plot utama dan latar naratif. Cerita sisipan berbentuk cerita moralistik atau teladan yang relevan untuk tema inti. Cerita sisipan sering dikaitkan dengan cerita induk oleh seseorang pencerita. Contoh yang amat popular ialah Hikayat Seribu Satu Malam, Hikayat Bakhtiar dan Hikayat Bayan Budiman.
locally edited supplementsisipan suntingan tempatanKomunikasiKorporatBahan terbitan berita tempatan yang ditulis, disunting, dan disisip dalam terbitan media cetak pada peringkat nasional untuk tujuan edaran tempatan. Tujuan pengeluar atau penerbit adalah untuk mendapatkan penerimaan edaran yang meluas dalam kalangan khalayak tempatan. Selain itu, sisipan ini juga bertujuan untuk membantu menyediakan ruang penyebaran maklumat pemasaran untuk syarikat di sekitar kawasan liputan bagi meluaskan pengaruh citra sesebuah syarikat yang membeli ruang iklan.
insertion orderarahan sisipanKomunikasiKorporatArahan yang dikeluarkan oleh pihak pengiklan atau agensinya kepada media cetak bagi menyusuli arahan yang telah dibuat sebelumnya. Arahan bertulis ini menjelaskan spesifikasi dan memberikan kebenaran untuk menerbitkan iklan. Arahan ini mengandungi maklumat mengenai harga penerbitan, ruang halaman dan tarikh penerbitan yang dipersetujui. Tujuan arahan sisipan adalah untuk mengemas kini arahan yang terdahulu dan melakukan perubahan baharu tanpa mengubah reka bentuk iklan. Oleh sebab terdapat perubahan baharu, arahan ini turut melibatkan penambahan kos.
travelling barrel pumppam ceropong bergerakKejuruteraanPetroleumPam sisipan rod penyedut yang mempunyai ceropong kerja yang boleh bergerak dan pelocoknya tetap diam. Ceropong kerjanya dihubungkan ke rentetan rod penyedut dengan menggunakan penghubung dan injap bergerak, sedangkan injap pegun dihubungkan ke bahagian atas pelocok. Rujuk : pam sisipan rod penyedut.
infixsisipanLinguistikTiadaTiada
infixsisipanPendidikanTiadaTiada
intercalatussisipanPerubatanTiadaPerihal struktur atau tisu yang diselitkan atau terletak antara struktur lain.
reinsertionsisipan semulaKejuruteraanTiadaPenggunaan diod tangkap atau diod kapit untuk memulihkan atau mengekalkan aras hitam atau putih pada aras kekaki yang ditentukan.
insertsisipanKomunikasiKorporatLihat selitan.
123456

Kembali ke atas