Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: menurut ~ tulisan yg dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dgn cara menggunakan sempang; 2. kumpulan bebe­rapa bahagian (alat dll) yg sama-sama bekerja utk satu tujuan: ~ penghadaman; ~ saraf; 3. kumpulan pendapat (prinsip, teori, dll) yg teratur dan tersusun baik-baik (biasanya di­jadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ pendidikan; ~ pemerintahan; bersistem ada sistemnya, menurut sistem, sistematik; mensistemkan menjadikan bersistem; pensisteman proses menjadikan bersistem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1 cara atau kaedah melakukan sesuatu; cara yg teratur utk melakukan sesuatu; pendapat yg teratur dan tersusun baik-baik yg dijadikan pe­gangan: ~ pendidikan; ~ pemerintahan demokrasi. 2 kumpulan beberapa ba­hagian atau alat yg sama-sama bekerja utk tujuan yg satu: ~ urat saraf. ~ saraf pusat kelompok tisu saraf yg mengawal dan menyelaraskan kegiatan haiwan. ~ interaktif ist sistem yg membolehkan pengguna berhubung terus dgn atur cara komputer yg sedang dijalankan, iaitu yg melibatkan komunikasi dua hala. ~ pengendalian cakera ist perisian utama yg mengawal pengendalian sistem yg dimuatkan ke dlm cakera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sistem koordinat CartesCartesian coordinate systemSistem yang terdiri daripada paksi-x dan paksi-y yang bersilang antara satu sama lain, dengan titik persilangan yang dinamakan asalan. Sistem ini digunakan untuk menentukan kedudukan titik dengan menggunakan pasangan tertib. Lihat ContohMenengah Rendah
sistem 24 jamtwenty-four hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 24 jam bermula pada 12 tengah malam hingga 12 tengah malam hari yang berikutnya. Sistem ini dinyatakan dalam empat digit. Contohnya, 1. Jam 1330 bermaksud 1:30 p.m. 2. Jam 0930 bermaksud 9:30 a.m.Menengah Atas
sistem 24 jamtwenty-four hour systemSistem mengukur masa dalam sehari yang ditulis dengan empat digit. Dua digit pertama menunjukkan jam dan dua digit terakhir menunjukkan minit. Contoh, pukul 5:30 p.m. ditulis jam 1730 dalam sistem 24 jam.Sekolah Rendah
sistem nombornumber systemSistem yang terdiri daripada satu set lambang yang tertentu dan nombor-nombor yang mewakilinya disertai dengan peraturan untuk membentuk nombor yang lebih besar menggunakan simbol-simbol tersebut.Menengah Rendah
sistem metrikmetric systemSistem ukuran asas sepuluh, yang setiap unitnya merupakan gandaan sepuluh. Lihat ContohSekolah Rendah
sistem 12 jamtwelve-hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.) dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:20 p.m.Menengah Atas
sistem 12 jamtwelve-hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam, bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.), dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:50 p.m. Lihat ContohMenengah Rendah
sistem 12 jamtwelve-hour systemSistem mengukur masa dalam sehari yang dinyatakan dalam a.m. untuk pagi dan p.m. untuk petang. Contoh, pukul 10:20 a.m. dan 5:30 p.m.Sekolah Rendah
sistem 24 jamtwenty-four hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 24 jam bermula pada 12 tengah malam hingga 12 tengah malam hari yang berikutnya. Contohnya, jam 1330. Lihat ContohMenengah Rendah
digitdigitSimbol yang digunakan atau digabungkan untuk membentuk nombor dalam sistem penomboran. 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 ialah 10 digit dalam sistem perpuluhan. Contohnya, nombor 124 651 mempunyai enam digit.Menengah Atas
12345

Kembali ke atas