Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: menurut ~ tulisan yg dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dgn cara menggunakan sempang; 2. kumpulan bebe­rapa bahagian (alat dll) yg sama-sama bekerja utk satu tujuan: ~ penghadaman; ~ saraf; 3. kumpulan pendapat (prinsip, teori, dll) yg teratur dan tersusun baik-baik (biasanya di­jadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ pendidikan; ~ pemerintahan; bersistem ada sistemnya, menurut sistem, sistematik; mensistemkan menjadikan bersistem; pensisteman proses menjadikan bersistem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1 cara atau kaedah melakukan sesuatu; cara yg teratur utk melakukan sesuatu; pendapat yg teratur dan tersusun baik-baik yg dijadikan pe­gangan: ~ pendidikan; ~ pemerintahan demokrasi. 2 kumpulan beberapa ba­hagian atau alat yg sama-sama bekerja utk tujuan yg satu: ~ urat saraf. ~ saraf pusat kelompok tisu saraf yg mengawal dan menyelaraskan kegiatan haiwan. ~ interaktif ist sistem yg membolehkan pengguna berhubung terus dgn atur cara komputer yg sedang dijalankan, iaitu yg melibatkan komunikasi dua hala. ~ pengendalian cakera ist perisian utama yg mengawal pengendalian sistem yg dimuatkan ke dlm cakera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sistem kalendar MelayuNazmi YaakubBerita Harian14.05.2009
Sistem ejaan kitab klasik Melayu/JawiTiadaUtusan Malaysia24.11.2008
Sistem penilaian baru ganti UPSRTiadaKosmo10.11.2007
Sistem persekolahan bosan?Norlida Akmar Idros dan Shahrulanoor IshakKosmo Ahad29.04.2007
Sistem sekolah antara faktor BI lemahTiadaBerita Harian24.01.2007
Sistem monarki paling unik di duniaTiadaKosmo12.12.2006
Sistem muamalat dalam islamNursurya AmienBerita Harian04.01.2002
Sistem dwibahasa tidak pinggirkan bahasa MelayuAbdul Aziz AzimullahBerita Harian15.09.2001
Sistem semester: pendapat Othman Abdullah dipertikaikanZahir AhmadUtusan Malaysia03.06.1985
Sistem naik darjah otomatis disyor timbang semulaAwang HadBerita Harian08.11.1979
12345678910...

Kembali ke atas