Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: menurut ~ tulisan yg dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dgn cara menggunakan sempang; 2. kumpulan bebe­rapa bahagian (alat dll) yg sama-sama bekerja utk satu tujuan: ~ penghadaman; ~ saraf; 3. kumpulan pendapat (prinsip, teori, dll) yg teratur dan tersusun baik-baik (biasanya di­jadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ pendidikan; ~ pemerintahan; bersistem ada sistemnya, menurut sistem, sistematik; mensistemkan menjadikan bersistem; pensisteman proses menjadikan bersistem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1 cara atau kaedah melakukan sesuatu; cara yg teratur utk melakukan sesuatu; pendapat yg teratur dan tersusun baik-baik yg dijadikan pe­gangan: ~ pendidikan; ~ pemerintahan demokrasi. 2 kumpulan beberapa ba­hagian atau alat yg sama-sama bekerja utk tujuan yg satu: ~ urat saraf. ~ saraf pusat kelompok tisu saraf yg mengawal dan menyelaraskan kegiatan haiwan. ~ interaktif ist sistem yg membolehkan pengguna berhubung terus dgn atur cara komputer yg sedang dijalankan, iaitu yg melibatkan komunikasi dua hala. ~ pengendalian cakera ist perisian utama yg mengawal pengendalian sistem yg dimuatkan ke dlm cakera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
theological systemsistem teologi; sistem ketuhanansistem teologi; sistem ketuhanansistem teologi; sistem ketuhananAntropologi
kinship systemsistem sanak/sistem kerabatsistem sanak/sistem kerabatsistem sanak/sistem kerabatSosiologi
mobilisation system/ mobilization systemsistem mobilisasi; sistem penggerakansistem kerahan/ sistem mobilisasisistem kerahan/sistem mobilisasiSains Politik
cooling systemsistem pendinginsistem penyejukan; sistem pendinginansistem penyejukan; sistem pendinginanAeroangkasa
plurality systemsistem pluralitas; sistem majemuk; sistem distriksistem kemajmukansistem kemajmukanSains Politik
alarm systemsistem titir, sistem alarmsistem penggera/sistem alarmsistem penggeraKejuruteraan
conducting systemsistem hantar rangsang/ sistem konduksisistem hantar rangsang/ sistem konduksisistem hantar rangsang/ sistem konduksiPerubatan
desktop publishing system (DTP system)sistem penerbitan destop (sistem DTP)sistem penerbitan semeja (sistem DTP)sistem penerbitan meja (sistem DTP)Teknologi Maklumat
Computer Aided Manufacturing System (CAM System)Sistem Manufaktur Berbantuan Komputer (Sistem CAM)Sistem Pembuatan Berbantukan Komputer (Sistem CAM)Sistem Pembuatan Berbantu Komputer (Sistem CAM)Teknologi Maklumat
Computer Aided Engineering System (CAE System)Sistem Rekayasa Berbantuan Komputer (Sistem CAE)Sistem Kejuruteraan Berbantukan Komputer (Sistem CAE)Sistem Kejuruteraan Berbantu Komputer (Sistem CAE)Teknologi Maklumat
12345678910...

Kembali ke atas