Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: menurut ~ tulisan yg dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dgn cara menggunakan sempang; 2. kumpulan bebe­rapa bahagian (alat dll) yg sama-sama bekerja utk satu tujuan: ~ penghadaman; ~ saraf; 3. kumpulan pendapat (prinsip, teori, dll) yg teratur dan tersusun baik-baik (biasanya di­jadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ pendidikan; ~ pemerintahan; bersistem ada sistemnya, menurut sistem, sistematik; mensistemkan menjadikan bersistem; pensisteman proses menjadikan bersistem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1 cara atau kaedah melakukan sesuatu; cara yg teratur utk melakukan sesuatu; pendapat yg teratur dan tersusun baik-baik yg dijadikan pe­gangan: ~ pendidikan; ~ pemerintahan demokrasi. 2 kumpulan beberapa ba­hagian atau alat yg sama-sama bekerja utk tujuan yg satu: ~ urat saraf. ~ saraf pusat kelompok tisu saraf yg mengawal dan menyelaraskan kegiatan haiwan. ~ interaktif ist sistem yg membolehkan pengguna berhubung terus dgn atur cara komputer yg sedang dijalankan, iaitu yg melibatkan komunikasi dua hala. ~ pengendalian cakera ist perisian utama yg mengawal pengendalian sistem yg dimuatkan ke dlm cakera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pendahulu1. orang dll yg mendahului; 2. yg terdahulu: yg memperbezakan sistem antarabangsa sezaman drpd sistem-sistem ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
keberkaitankeadaan (hal) berkait: terdapat ~ sistem-sistem ilmu pengetahuan tersebut;Kamus Dewan Edisi Keempat
metrik/métrik/ bkn dgn meter (ukuran). sistem ~ sistem ukuran yg berdasarkan meter sbg unit ukuran panjang, kilogram sbg unit berat, liter sbg unit isi padu dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
monarkikerajaan di bawah pemerintahan seorang raja: sistem ~ sistem pemerintahan di bawah seorang raja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sistem gagal-lembut(fail-soft system)Sistem yang direka bentuk untuk mempunyai ciri yang dapat menghalang terhentinya perjalanan sistem secara mendadak apabila kegagalan di bahagian sistem terjadi. Sistem biasanya akan mengurangkan pengendaliannya perlahan-lahan sehingga terhenti sepenuhnya. Penggunaan penggera di dalam sistem membolehkan kegagalan sistem diketahui dan dbetulkan oleh kakitangan teknik sebelum sistem mati. Jika pencarian dan pembetulan kegagalan dapat dilakukan pada masa tersebut, sistem boleh bekerja semula dengan kemampuan asal tanpa diberhentikan.Kamus Komputer
sistem terbenam(embedded system)Sistem untuk tugas khas yang disorok dalam sistem hos. Sistem ini tidak boleh digunakan oleh pengguna biasa dan hanya boleh digunakan oleh pengguna yang mengetahui kod panggilan sistem.Kamus Komputer
sistem pengawas(monitor system)1. Sistem yang boleh terdiri daripada perkakasan, perisian, dan manusia atau salah satu daripadanya yang digunakan untuk mengawas, menyelia, mengawal, atau mengesahkan pengendalian atau pelaksanaan sistem atau proses. Sistem pengawas ini boleh menyelaku pemproses utama, memastikan kesinambungan antara tugas-tugas, mengawasi ralat, dan menjaga perakaunan sistem. 2. Sistem penyeliaan atau pemerhatian sesuatu pengendalian atau pelaksanaan untuk memastikan pengendalian atau pelaksaan itu betul dan mengikut peraturan atau tentuan yang ditetapkan.Kamus Komputer
revolusi/révolusi/ perubahan (ter­utamanya dlm sistem pemerintahan atau dlm sistem sosial) yg dilakukan dgn kekerasan. merevolusikan mengubah sistem pemerintahan negara atau sistem sosial dgn kekerasan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sistem pertelagahan(contention system)Sistem pengendalian sistem bas yang membenarkan dua peranti data atau lebih berebut untuk menghantar data pada masa yang sama melalui saluran sepunya.Kamus Komputer
sistem sokongan(support system)1. Lihat sistem sandar. 2. Sistem yang bertugas untuk membantu sistem utama mengerjakan tugas sampingan.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas