Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: menurut ~ tulisan yg dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dgn cara menggunakan sempang; 2. kumpulan bebe­rapa bahagian (alat dll) yg sama-sama bekerja utk satu tujuan: ~ penghadaman; ~ saraf; 3. kumpulan pendapat (prinsip, teori, dll) yg teratur dan tersusun baik-baik (biasanya di­jadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ pendidikan; ~ pemerintahan; bersistem ada sistemnya, menurut sistem, sistematik; mensistemkan menjadikan bersistem; pensisteman proses menjadikan bersistem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1 cara atau kaedah melakukan sesuatu; cara yg teratur utk melakukan sesuatu; pendapat yg teratur dan tersusun baik-baik yg dijadikan pe­gangan: ~ pendidikan; ~ pemerintahan demokrasi. 2 kumpulan beberapa ba­hagian atau alat yg sama-sama bekerja utk tujuan yg satu: ~ urat saraf. ~ saraf pusat kelompok tisu saraf yg mengawal dan menyelaraskan kegiatan haiwan. ~ interaktif ist sistem yg membolehkan pengguna berhubung terus dgn atur cara komputer yg sedang dijalankan, iaitu yg melibatkan komunikasi dua hala. ~ pengendalian cakera ist perisian utama yg mengawal pengendalian sistem yg dimuatkan ke dlm cakera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gyregirGeografiTiadaEdaran air permukaan dalam sistem - sistem edaran tertutup mengelilingi sistem - sistem tekanan tinggi subtropika.
gyregirGeologiTiadaEdaran air permukaan dalam sistem - sistem edaran tertutup mengelilingi sistem - sistem tekanan tinggi subtropika.
main canalterusan utamaGeografiTiadaTerusan yang merupakan sistem pengaliran yang utama yang menghubungkan sistem-sistem pengaliran yang lain di dalam sesebuah sistem pengairan atau sistem pengangkutan dalaman.
joint systemsistem kekar; sistem bercantumGeologiTiadaSistem kekar: Dua set kekar atau lebih yang bersilang.
joint systemsistem kekar; sistem bercantumFizikTiadaTiada
valley systemsistem lembah; sistem lurahGeografiTiadaTiada
joint systemsistem kekar; sistem bercantumGeografiTiadaTiada
valley systemsistem lembah; sistem lurahGeologiTiadaLembah dan cabangnya.
entry systemsistem permulaan; sistem kemasukanKomputerTiadaTiada
writing systemsistem aksara; sistem tulisanLinguistikTiadaSustu kod tanda-tanda grafik yang konvensional menggambarkan ujaran dengan rujukan kepada kata, kumpulan bunyi atau fonem
12345678910...

Kembali ke atas