Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA

EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang ketiga menggunakan tulisan Latin atau Rumi bagi bahasa Indonesia selepas Sistem Ejaan Rumi van Ophuijsen dan Sistem Soewandi. Sistem ejaan tersebut dirancang oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Prof. Dr. Prijono dan E. Katoppo. Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan surat keputusan Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan No. 44876/s bertarikh 19 Julai 1958, yang ditandatangani oleh Moehammad Yamin, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan pada waktu itu.

BAHASABahasa
FONOLOGIFonologi ialah cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem sesuatu bahasa. Bunyi bahasa yang dinamakan fon, mempunya dua representasi, iaitu representasi fonetik dan representasi fonemik.BAHASADisiplin Ilmu
PEMINJAMAN BAHASA EROPAHPEMINJAMAN BAHASA EROPAH, proses peminjaman dalam bahasa Melayu.  Hubungan rapat antara Nusantara dengan Eropah dari segi ekonomi berlaku semenjak 2000 tahun dahulu.  Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa dalam sistem ekonomi itu dipengaruhi dan mempengaruhi bahasa lain.  Sesungguhnya, kata-kata Eropah sudah lama diserapkan ke dalam bahasa Melayu melalui bahasa lain, terutamanya melalui bahasa Arab.  Misalnya, perkataan ‘falsafah’ yang dipinjam daripada bahasa Arab sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani.  Begitu juga beberapa nama tempat dan orang yang terdapat dalam Sejarah Melayu , umpamanya Rom, Makaduniah dan Iskandar, berasal daripada bahasa Yunani.
BAHASAKonsep
DEKLENSI

Deklensi ialah penyenaraian bentuk kasus yang

berbeza bagi kata nama atau kata ganti. Sesetengah

bahasa, seperti bahasa Latin, bahasa Yunani dan

bahasa Rusia, mempunyai sistem kasus yang rumit.

Ia mempunyai banyak bentuk yang berbeza bagi

setiap kata nama dan kata ganti, yang berubah-ubah

mengikut cara perkataan digunakan dalam

pembinaan ayat.

UMUM 
SISTEM TULISAN DALAM BAHASA MELAYU

SISTEM TULISAN DALAM BAHASA MELAYU, jenis atau sistem tulisan dalam bahasa Melayu.  Bahasa Melayu wujud sejak abad ke-4 M. berdasarkan bukti pada prasasti atau batu bersurat yang ditemui di Dong Yen Chau, Vietnam.  Sistem tulisan pada prasasti tersebut menggunakan tulisan yang dipinjam dari India.  Terdapat satu lagi prasasti iaitu di Kutai, Kalimantan Timur yang bertarikh pada tahun 400 M.  Sistem tulisan pada prasasti ini menggunakan tulisan dalam bahasa Sanskrit, tetapi yang diceritakan ialah tentang seorang raja yang menggunakan nama Melayu.

BAHASAKonsep
KAMUS DWIBAHASA BAHASA INGGERIS-BAHASA MELAYU

KAMUS DWIBAHASA BAHASA INGGERIS-BAHASA MALAYSIA, kamus umum dwibahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1979. Kamus yang setebal 1457 halaman ini disusun untuk memenuhi hasrat dan keperluan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan. Kamus ini memanfaatkan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu yang diisytiharkan  pemakaiannya secara rasmi pada tahun 1972.

BAHASAPenerbitan
EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA

EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA, sistem ejaan yang telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussain manakala di Jakarta, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Presiden Suharto. Mulai saat itu, bahasa Melayu (Malaysia) dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama.

BAHASABahasa
EJAAN RUMI WILKINSON

EJAAN RUMI WILKINSON, sistem ejaan Rumi yang pertama bagi bahasa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Sistem  ejaan ini hasil daripada usaha yang dilakukan  oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) yang membentuk sebuah Jawatankuasa  Ejaan Rumi, diketuai oleh R.J. Wilkinson, pada tahun 1904. Sistem ejaan tersebut kemudiannya diberi nama Sistem Ejaan Rumi Wilkinson. Sistem tersebut digunakan dalam A Malay English Dictionary (Romanised) yang disusun oleh R.J. Wilkinson, kemudian menjadi dasar kepada Sistem Ejaan Rumi Za’ba atau Sistem Ejaan Sekolah.

BAHASABahasa
EJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWIEJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWI, sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu yang berhuruf Arab yang disebut juga sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai orang Jawah (           ) atau Jawi (          ). Ini disebabkan, pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara ini terkenal dengan nama Javadwipa. Maka dengan itu dapatlah nama tulisan Jawi. Bahan bertulisan Jawi yang tertua bertarikh tahun 1303. (702 H) yang berupa sebuah batu bersurat atau prasasti. Bahan tulisan tangan atau manuskrip yang tertua yang dalam bentuk buku ialah naskhah ‘Aqa’id al-Nasafi bertarikh 1590 (998 H).
BAHASABahasa
EJAAN UNIVERSITI MALAYA

EJAAN UNIVERSITI MALAYA, sistem ejaan yang disusun oleh Asmah Haji Omar, Sistem ejaan ini disusun untuk kegunaan ahli Universiti Malaya dalam bidang pentadbiran serta pelajaran kerana memenuhi Dasar Bahasa 1970 yang  menetapkan bahawa semua urusan akan dijalankan dalam bahasa Malaysia. Sistem ini mula dilaksanakan di universiti Malaya pada 1 Januari 1971.

BAHASABahasa
12345

Kembali ke atas