Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alphabetabjadPentadbiran PerniagaanTiadaHuruf yang mewakili bunyi-bunyi ringkas dalam suatu sistem bahasa yang disusun mengikut urutan yang tertentu seperti A, B, C, hingga Z.
poststructuralist criticismkritikan pascastrukturalisKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang mempertikaikan kestabilan struktur dan makna dalam kesepaduan sistem bahasa kerana kedua-duanya dianggap sebagai sautu ilusi. Pascastrukturalis menaungi beberapa pendekatan kritikan satea termasuklah dekonstruksi, kritikan respos pembaca, kritikan feminis dan kritikan pascakolonial. Secara dasarnya, kritikan pascastrukturalis cuba melengkapi kekurangan kritikan strukturalis yang mengabaikan elemen-elemen dalam karya sastea seperti perana pembaca dan pengarang serta fungsi ideologi. Contoh pengkritik yang mengamalkan kritikan pascastrukturalis ialah Jacques Derrida dengan teori dikonstruksinya, Roland Barthes dalam karyanya berjudul S/Z, Jacques Lacan dan Julia Kristeva dalam teori-teori psikoanalitiknya. Kritikan ini berasaskan aliran pascastrukturalisme. Lihat juga dekonstruksi, kritikan pascakolonial, kritikan struktural.
language societymasyarakat bahasaSosiolinguistikTiadaKumpulan manusia yang dapat dikenal pasti berkongsi sistem bahasa yang didefinisikan sama ada secara daerah mahupun sosial.
structural criticismkritikan strukturalKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang mengkaji struktur teks sebagai sistem bahasa dan bagaimana makna teks dibentuk tanpa merujuk maklumat di luar teks. Kritikan ini berasaskan aliran strukturalisme yang bersumberkan idea ahli lingusistik, iAitu Ferdinand de Saussure. Idea Ferdinand merumuskan bahawa bahasa ialah suatu struktur, dan unit-unitnya hanya boleh difahami melalui hubung kait di antaranya dan sistem yang mendasarinya. Prinsip umum strukturalisme ialah segala aktiviti kehidupan manusia termasuklah persepsi dan pemikiran adalah hasil bikinan dan bukan wujud secara semula jadi. Kritikan struktural menganalisis sistem yang mendasari semua penjanaan makna sosial dan fenomena budaya. Kaedah ini memanfaatkan mahu yang menentukan hubung kait ini untuk membina makna dengan mengambil kira pertentangan binari antara elemen sastera dengan budaya tersebut.
CODASYL (conference on data system languages)CODASYL (persidangan bahasa sistem data)Teknologi MaklumatTiadaOrganisasi profesional khusus untuk memperbaik dan mempiawaikan bahasa COBOL. Organisasi ini telah dibubarkan pada pertengahan tahun 1990-an.
translationterjemahanKesusasteraanTiadaProses pemindahan daripada bahasa yang digunakan dalam teks (bahasa sumber) ke dalam bahasa lain (bahasa sasaran). Terjemahan dihasilkan dengan menggunakan pelbagai kaedah berdasarkan tiga prinsip umum yang berlainan seperti yang berikut: (a) Terjemahan perlu merujuk teks asal dari segi bentuk, prosodi, dan leksikon. (b) Nilai sastera tidak sepenting isinya, dan nilai ini tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya, (c) Kesan kesusasteraan teks dalam karya terjemahan dianggap penting. Oleh itu, bentuk, prosodi dan leksikon boleh diubahsuai mengikut budaya dan kesesuaian bahasa sasaran. Melalui ketiga-tiga prinsip tersebut, terjemahan boleh dihasilkan secara literal, longgar, atau diadaptasikan. Terjemahan literal melibatkan pemindahan bahasa pada tahap perkataan tanpa menghiraukan perbezaan sistem ungkapan dan imejan antara sumber dengan bahasa sasaran. Terjemahan longgar pula mengekalkan nada, semangat dan kesan penulisan sesebuah teks, kadang-kadang sehingga terpaksa mengorbankan atau mengkrompromikan �kesetiaan� terhadap teks asal. Terjemahan yang diadaptasikan merupakan terjemahan paling longgar kerana melibatkan penulisan semula yang mengekalkan ciri karya asal secara umum dan meluas. Contoh karya terjemahan ialah novel Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan yang diterjemahkan ke bahasa Rusia oleh Victor Pogadaev berjudul Bili i Ne bili Ostorovov Oghonshoto, novel Ustaz karya S. Othman Kelantan di terjemahkan ke bahasa Arab oleh Sultan Ahmad dan Mujahid Mustafa Bahjat berjudul al-Ustadh. Contoh dalam sastera Arab ialah novel Shikaju oleh �Ala� al-Aswani diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Farouk Abdel Wahab berjudul Chicago, manakala contoh karya Turki ialah novel Benim Adim Kirmizi oleh Orhan Pamuk yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh Atta Verin berjudul Namaku Merah Kirmizi dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Erdag M. Goknar berjudul My Name is Red.
referencerujukanKesusasteraanTiadaHubung kait antara entiti linguistik dengan dunia hakiki. Dalam falsafah bahasa dan ilmu semantik, rujukan boleh difahami sebagai hubung kait simbolik antara ungkapan linguistik dengan sesuatu objek yang konkrit atau abstrak yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan atau dirujuk oleh sesuatu kata di dunia nyata diistilahkan sebagai rujukan kata tersebut, contohnya rujukan bagi kata �kucing� ialah haiwan kucing dalam dunia nyata. Rujukan merupakan suatu aspek maksud yang perlu dibandingkan dan dibezakan dengan maksud konseptual atau maksud kognitif sesuatu kata. Maksud konseptual diistilahkan sebagai maksud denotasi yang tiada kaitan dengan dunia nyata tetapi hanya wujud secara abstrak dalam sistem bahasa. Imej mental sesuatu rujukan boleh disamakan dengan apa yang dilambangkan dalam istilah Saussure.
system languagebahasa sistemKomputerTiadaTiada
fourth-generation language (4GL)bahasa generasi keempat (4GL)Teknologi MaklumatTiadaBahasa aras tinggi atau bahasa berorientasi masalah. Bahasa ini lazimnya digunakan untuk mencapai maklumat dari fail dan pangkalan data. Kebiasaannya digabungkan dengan perisian sistem pengurusan pangkalan data (DBMS). Mudah digunakan untuk membangunkan sistem maklumat atau aplikasi berasaskan pangkalan data. Contohnya ialah bahasa pertanyaan (cth. SQL, QBE dan Intellect), penjana laporan (untuk menjana pertanyaan dan laporan dari pangkalan data), penjana aplikasi, dan pereka bentuk borang. Contoh segmen atur cara dalam bahasa SQL adalah seperti berikut: SELECT Nama, Alamat, No_hp FROM Pelanggan WHERE Bil_telefon > 100.00 ORDER BY Nama Pertanyaan SQL di atas mengarahkan komputer untuk memilih nama, alamat dan nombor telefon bimbit pelanggan dari fail Pelanggan yang bil telefonnya melebihi RM 100.00 dan senarai tersebut disusun mengikut tertib Nama.
extensible markup language (XML)bahasa penanda tambahan (XML)Teknologi MaklumatPerisianBahasa yang membolehkan pengguna mentakrifkan elemennya sendiri sesuai dengan namanya sebagai bahasa tambahan. Penggunaan bahasa ini adalah untuk membantu sistem maklumat berkongsi struktur data terutamanya melalui internet. Bahasa ini juga digunakan untuk mengekod dokumen dan menyirikan data. Bahasa ini merupakan subset bagi bahasa penanda teritlak piawai (SGML). Contoh dokumen XML yang berstruktur adalah seperti yang berikut: Basic bread Flour Yeast Water Salt Mix all ingredients together. Knead thoroughly. Cover with a cloth, and leave for one hour in warm room. Knead again. Place in a bread baking tin. Cover with a cloth, and leave for one hour in warm room. Bake in the oven at 180(degrees)C for 30 minutes.
1234567

Kembali ke atas