Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini betul untuk penggunaan perkataan "di antara". Adakah ayat ini betul? Isikan tempat kosong pada jadual 1 berkenaan perbezaan di antara sistem gelung terbuka dan tertutup.Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

Ayat yang betul ialah "Perbezaan antara sistem gelung terbuka dengan gelung tertutup".
Tatabahasa30.10.2022
APAKAH PERBEZAAN ANTARA E PEPET DAN E TALING??Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, di bawah pola keselarasan huruf vokal, e pepet boleh diikuti a, i, u dan dalam suku kata kedua akhir tertutup seperti emak, petik dan beku, manakala e taling boleh diikuti a, e (taling), o dalam suku kata kedua akhir tertutup seperti elak, leper dan ekor .Ejaan21.03.2012
salam sejahtera. saya ingin tahu tentang 'vowel harmony' yang digunakan dalam sistem phonology bahasa melayu. saya ingin mengkaji tentang perkataan bahasa melayu yang dipinjam dari bahasa Portugis dan bagaimana ianya disesuaikan. terima kasih.Sistem Keselarasan huruf vokal(vowel harmony) ialah keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar,iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip keselarasan berlaku dengan syarat i. keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar,ii. kata dasar berakhirkan suku kata tertutup dan bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata , hanya dua suku kata terakhir sahaja.     Lain-lain01.04.2008
apakah yang dimaksudkan dengan kelewahan bahasa? Apakah perbandingan antara sistem ejaan bahasa pinjaman dengan pola keselarasan vokal bahasa Melayu? apakah jenis-jenis kata pinjaman?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal (keadaan) yg berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat). Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan huruf vokal. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail Dahaman).Lain-lain14.03.2010
Salam sejahtera. Senaraikan 16 pola kekecualian keselarasan huruf vokal serta contoh penggunaan setiap pola pada perkataan Daripada, rajes

Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut.   Kata serapan daripada bahasa Arab/Inggeris/nusantara kebiasaannya tidak mengikut pola keselarasan vokal, kata serapan ini ada pola khas untuk mengejanya.

Saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (halaman 10-14).

Tatabahasa23.01.2013
definisi keselarasan huruf vokalKeselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Contoh: alih, untung, tidor, lebih dan sebagainya. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut.  Untuk maklumat lanjut sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu.Tatabahasa19.09.2010

Kembali ke atas