Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sis.wa] | سيسوا

Definisi : penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sis.wa] | سيسوا

Definisi : penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi (universiti). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siswa
Rujuk :ajar, pelajar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bilakah kata yang disambut oleh perkataan "maha" perlu ditulis serangkai? Contoh: mahasiswa (betul) maha siswa (salah) Mengapakah "maha siswa" salah? Terdapat hukumnya? Contoh: mahasuci (salah) maha suci (betul) Mengapakah "mahasuci" pula yang salah?Perkataan "maha" bermaksud "yang teramat", "sangat" ,"amat" , "berkuasa", "hebat", "agung" dan lain-lain. "Maha" apabila digabungkan dengan kata nama am, hendaklah dieja dengan satu perkataan. Contoh mahaguru, mahasiswa, maharaja, mahakarya, dan lan-lain. Bagi kata nama khas, contohnya sifat Allah, hendaklah ditulis dengan huruf besar. Contohnya Allah Yang Maha Suci, Allah Yang Maha Pengasih, Allah Yang Maha Penyayang dan lain-lain.Tatabahasa12.05.2015
saya maha siswa YIU ingin bertanya,apa nama ganti nama tak tentu serta contohKata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:

apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara.

 

Lain-lain30.07.2010
saya maha siswa YIU

Tidak berkaitan dengan perkhidmatan yang kami sediakan.

Lain-lain28.07.2010
saya maha siswa Yiu ingin tanya ?tentang cara tulis pantun

Untuk makluman saudara, serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan  pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud. Sebagai contoh diturunkan pantun empat kerat iaitu seperti berikut,

Kalau roboh kota Melaka,

    Papan di Jawa saya dirikan;

Kalau sungguh bagai dikata,

    Badan dan nyawa saya serahkan.

Rima akhir pantun di atas ialah a/n,a/n , dan jumlah perkataan dalam setiap baris ialah 4. Jumlah suku katanya pula ialah antara 8-12 suku kata.

Lain-lain28.07.2010
saya maha siswa YIU ingin bertanya, jawi asal dari mana dan apa makna jawi?Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, bahasa Jawi ialah bahasa Melayu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan.Makna15.07.2010
Salam, Adakah wujud perkataan "siswa pendidik"? Bolehkah ianya digunakan dalam konteks pelajar di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia?Perkataan "siswa pendidik" tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada pelajar di Institut Pendidikan Guru atau mana-mana institusi pendidikan.Lain-lain09.07.2020
Assalamualaikum...Saya ingin melanggan Majalah Dewan Siswa. 1. Bagaimana prosedur langanan sekiranya saya ingin melanggan bagi pihak pelajar ? Seramai hampir 30 pelajar yang dah membayar duit kepada saya untuk melanggan selama setahun. 2. Saya ada mendengar bahawa majalah dewan siswa sukar diperoleh dan lambat penghantarannya kepada pelanggan ? adakah benar ? 3. Kadang kala saya ingin membeli di kedai buku, namun sukar diperoleh. 4. saya tinggal di parit raja, batu pahat, johor. ada atau tidak pengedar majalah dewan daripada DBP di kawasan tersebut. kalau ada, saya mahu alamat agar mudah memperoleh bahan tersebut. Sekian, terima kasih. Nizam Guru bahasa melayu SMV Batu Pahat, JohorUntuk melanggan majalah Dewan Siswa, Sdr boleh menghubungi Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad. Pegawai yang boleh dihubungi ialah Encik Isa Khamis di talian 0123219456.
Lain-lain08.05.2012
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin menggunakan tajuk berikut sebagai tajuk tesis Phd saya dan mohon bantuan semakan pihak tuan. PELESTARIAN PATRIOTISME SISWA GURU PENDIDIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TERHADAP PELAJAR SEKOLAH RENDAHFrasa SISWA, GURU DAN PENDIDIK merujuk pada tiga individu yang berbeza? Apakah yang tuan maksudkan dengan SISWA GURU PENDIDIK? Di samping itu, apakah yang dimaksudkan dengan PELESTARIAN?  Mengikut Kamus Dewan, pelestarian ialah perlindungan daripada kemusnahan. Maka daripada tajuk yang diberikan, apakah maksud perlindungan/ pengekalan patriotisme pendidik IPG terhadap pelajar sekolah? Tajuk anda sangat mengelirukan. Penyemakan dan penterjemahan27.02.2017
Adakah betul penggunaan ayat ' santun siswa' dalam logo untuk hebahan di laman sesawang/poster Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM? - Logo seperti di lampiranMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan 'santun' bermaksud halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan. Perkataan 'siswa' pula bermaksud  penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi (universiti). Jadi tiada masalah jika perktaan tersebut digunakan sebagai slogan dalam logo tersebut.Makna25.04.2019
Saya berminat untuk menjadi kolumnis untuk majalah dewan seperti Dewan Kanak-kanak dan Dewan Siswa. Bagaimanakah caranya?Majalah Dewan kanak-kanak tidak diterbitkan oleh DBP. Yang diterbitkan ialah Dewan Pelajar. Majalah Dewan Pelajar dan Dewan Siswa tidak menyediakan ruang untuk kolumnis. Lain-lain30.03.2010
123456789

Kembali ke atas