Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.to.lo.gi] | سيتولوݢي

Definisi : kajian tentang sel haiwan dan tumbuh­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.to.lo.gi] | سيتولوݢي

Definisi : ist kajian ttg struktur, per­tumbuhan, fungsi, komponen dsb sel secara kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sitologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SITOLOGI

Sitologi ialah kajian tentang struktur dalaman

dan organisasi sel. Kajian mikroskop struktur

sel dapat memberi penjelasan tentang proses

pembahagian sel, dan menjadi asas kepada kajian

genetik (lihat Genetik). Kajian ini juga menunjukkan

bahawa setiap struktur mempunyai fungsi

tersendiri, dan setiap aktiviti sel berkaitan dengan

perubahan pada kandungan kimia yang

membentuk sel tersebut. Sitokimia ialah kajian

tentang aktiviti bahan kimia di dalam sel. Lihat juga

Sel.

UMUM 
MORFOLOGI

Morfologi ialah satu cabang sains yang

berkaitan dengan struktur haiwan, tumbuh-tumbuhan

dan jirim bukan hidup. Morfologi

biasanya melibatkan kajian tentang benda hidup.

Ia termasuk bidang seperti sitologi, iaitu kajian

tentang struktur sel; histologi, kajian tentang

struktur tisu; dan anatomi, kajian tentang struktur

keseluruhan organisma. Dalam geologi,

morfologi ialah kajian tentang bentuk luar batuan.

UMUM 

Kembali ke atas