Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.vil] | سيۏيل

Definisi : 1. berkaitan dgn orang awam atau orang biasa, berkaitan dgn rakyat sbg orang perse­orangan: para pemimpin autoritarian gemar mencari alasan utk mengurangkan hak ~ dan politik; pentadbiran kehakiman ~ yg kita warisi drpd sistem kehakiman Inggeris; 2. (Udg) berkaitan dgn yg bukan jenayah: mahkamah ~; kes ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.vil] | سيۏيل

Definisi : 1 berkaitan dgn orang awam atau orang biasa; berkaitan dgn rakyat sbg orang perseorangan: hak ~. 2 berkaitan dgn yg bukan jenayah: mahkamah ~; kes ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sivil


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TALMUD

Talmud ialah koleksi undang-undang agama dan

sivil orang Yahudi yang disertai dengan terjemahan

ilmiah. Ia adalah hasil penulisan kedua yang

dianggap suci dan berpengaruh di kalangan orang

Yahudi, selepas kitab Bible . Agama Yahudi

menganggap mempelajari Talmud secara sepenuh

masa adalah antara amalan yang paling mulia.

UMUM 
KANUN NAPOLÉON

Kanun Napoléon ialah nama yang sering

diberikan kepada kanun yang mengandungi

undang-undang sivil Perancis, sebagai

membezakannya daripada undang-undang jenayah

Perancis.

UMUM 
TEOKRASI

Teokrasi ialah satu bentuk kerajaan yang

diperintah oleh paderi atau paderi-paderi, dan

paderi-paderi ini mempunyai kuasa ke atas

perkara-perkara sivil dan keagamaan. Perkataan

theocracy berasal daripada dua perkataan Yunani,

iaitu theos yang bermakna tuhan dan kratein yang

bermakna memerintah.

UMUM 
PEMPROSESAN GASBidang kejuruteraan yang berkaitan dengan pemprosesan, penghantaran, pengagihan, dan penggunaan gas. Kejuruteraan gas ialah satu bidang yang luas dan mencakupi pelbagai disiplin. Bidang lain yang berkaitan dengan kejuruteraan gas ialah kejuruteraan sivil, mekanikal, elektrik dan kimia. Walau bagaimanapun, kejuruteraan gas dikategorikan sebagai subbidang kejuruteraan kimia. Jika ditinjau dari aspek aktiviti untuk memanfaatkan bahan petroleum, kejuruteraan gas ialah aktiviti bahagian hiliran berbanding bidang kejuruteraan petroleum yang melibatkan aktiviti huluan, iaitu eksplorasi dan pengeluaran bendalir petroleum. Kejuruteraan gas merupakan penghubung antara pengeluar bendalir petroleum dengan pengguna bahan tersebut. Kejuruteraan gas juga merupakan bidang yang kompleks kerana melibatkan orang ramai yang berbeza latar belakang sehingga perlu ditangani dengan sempurna terutamanya yang melibatkan aspek keselamatan harta benda dan jiwa.KEJURUTERAANDisiplin Ilmu
DEKLARASI SEJAGAT HAK ASASI MANUSIA

Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia

diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948.

Ia mengandungi tanggungjawab sivil, ekonomi,

politik dan hak sosial serta kebebasan setiap

manusia di dunia ini. Deklarasi Sejagat Hak Asasi

Manusia ini menyatakan bahawa semua manusia

dilahirkan bebas dan mempunyai maruah dan hak

yang sama. Pengenalannya menyatakan bahawa

deklarasi ini dibuat berfungsi sebagai standard

umum pencapaian untuk semua manusia dan

semua negara.

UMUM 
SYERIF DAN BAILIF

Syerif dan bailif. Di England dan Wales, high

sheriff ialah ketua pegawai kerajaan di setiap kaunti.

Di Scotland, syerif ialah hakim di mahkamah

tempatan. Syerif Scotland ialah peguam terlatih dan

mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes

jenayah dan sivil.

UMUM 
MAHKAMAH PENGHULU

MAHKAMAH PENGHULU, mahkamah paling rendah dalam hierarki sistem kehakiman di Semenanjung Malaysia. Menurut Ordinan Mahkamah 1948, bidang kuasa Mahkamah Penghulu, sama ada dalam kes jenayah ataupun kes sivil sangat terhad. Bidang kuasa penghulu, tercatat dalam surat pelantikan penghulu itu.

BUDAYAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas