Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tanda-tanda yg terdapat pd alat peng­ukur (jangka suhu dsb) utk menentukan besarnya satuan ukuran: ~ Centigrade; kayu ~ kayu pembaris; 2. tingkatan (gaji dll); 3. nisbah atau kadar jarak (dlm peta, pelan, dll) sbg ganti yg sebenarnya: pelan sebuah rumah dilukis dgn ~ satu sentimeter bagi satu meter; ~ Celsius skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 0) dan takat didih air (diberi nilai 100); ~ Fahrenheit skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 32) dan takat didih air (diberi nilai 212); ~ Rich­ter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi, bernilai dr 0 hingga 8 atau lebih; penskalaan penghasilan skala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tanda-tanda tetap yg terdapat pd sesuatu alat pengukur: Pd pembaris ini, ada ~ inci dan ada ~ sentimeter. 2 alat yg bertanda dgn ukuran-ukuran tertentu: kayu ~ kayu pembaris. 3 susunan se­suatu tangga gaji; tingkatan gaji. 4 bandingan ukuran antara sesuatu yg benar dgn yg dilukis (dipetakan): Pelan rumah itu dibuat dgn ~ 1 inci bagi 10 kaki. ~ Richter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi (ukuran 5.5 hingga 8.9 dianggap sbg gempa yg teruk dan menyebabkan kemusnahan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skala


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
skalascaleNisbah ukuran lukisan kepada ukuran objek sebenar. Skala = ukuran lukisan : ukuran objek sebenar.Menengah Rendah
faktor skalascale factorNisbah saiz imej berbanding saiz objek dalam pembesaran. Faktor skala, Menengah Rendah
skalascaleSatu siri tanda yang bernombor pada alat pengukur sepertipenimbang, pembaris atau termometer. Lihat ContohSekolah Rendah
CelsiusCelciusSkala suhu untuk menunjukkan keadaan suhu sesuatu objek atau kawasan, yang ditulis dengan simbol °C. Contohnya, takat beku air ialah 0°C dan takat didih air ialah 100°C.Menengah Rendah
lukisan berskalascale drawingLukisan yang mewakili objek sebenar mengikut skala tertentu. Lukisan berskala boleh jadi lebih besar atau lebih kecil daripada objek sebenar. Lihat rajahMenengah Atas
lukisan berskalascale drawingLukisan yang mewakili objek sebenar mengikut skala tertentu. Lukisan berskala boleh jadi lebih besar atau lebih kecil daripada objek sebenar.Menengah Rendah
sifarzero1. Nombor yang digunakan untuk menunjukkan keadaan tiada kuantiti. 2. Titik pada sebarang skala yang menjadi pemisah bagi unit positif dan unit negatif pada arah yang bertentangan. Simbol 0.Menengah Rendah
pembesaranenlargementPenjelmaan yang melibatkan perubahan saiz imej berbanding saiz objek. Bentuk imej tetap sama seperti objek. Perubahan saiz imej berbanding objek menurut skala tertentu dan mempunyai pusat atau titik tetap.Menengah Atas
pembesaranenlargementTransformasi @ penjelmaan yang melibatkan perubahan saiz imej berbanding saiz objek. Bentuk imej tetap sama seperti objek. Perubahan saiz imej berbanding objek menurut skala tertentu. Lihat ContohMenengah Rendah

Kembali ke atas