Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tanda-tanda yg terdapat pd alat peng­ukur (jangka suhu dsb) utk menentukan besarnya satuan ukuran: ~ Centigrade; kayu ~ kayu pembaris; 2. tingkatan (gaji dll); 3. nisbah atau kadar jarak (dlm peta, pelan, dll) sbg ganti yg sebenarnya: pelan sebuah rumah dilukis dgn ~ satu sentimeter bagi satu meter; ~ Celsius skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 0) dan takat didih air (diberi nilai 100); ~ Fahrenheit skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 32) dan takat didih air (diberi nilai 212); ~ Rich­ter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi, bernilai dr 0 hingga 8 atau lebih; penskalaan penghasilan skala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tanda-tanda tetap yg terdapat pd sesuatu alat pengukur: Pd pembaris ini, ada ~ inci dan ada ~ sentimeter. 2 alat yg bertanda dgn ukuran-ukuran tertentu: kayu ~ kayu pembaris. 3 susunan se­suatu tangga gaji; tingkatan gaji. 4 bandingan ukuran antara sesuatu yg benar dgn yg dilukis (dipetakan): Pelan rumah itu dibuat dgn ~ 1 inci bagi 10 kaki. ~ Richter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi (ukuran 5.5 hingga 8.9 dianggap sbg gempa yg teruk dan menyebabkan kemusnahan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skala


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
skalascaleTanda atau garis yang terdapat pada alat pengukur untuk menentukan ukuran.Menengah Rendah
skala MohsMohs’ scaleSkala yang digunakan untuk mengukur tahap kekerasan sesuatu mineral.Menengah Rendah
skala CelsiusCelsius scaleSkala suhu berdasarkan takat beku air, 0°C dan takat didih air, 100°C.Menengah Rendah
skala suhu mutlakabsolute temperature scaleSkala yang suhunya disukat dalam unit kelvin (K).Menengah Atas
suhutemperatureDarjah kepanasan atau kesejukan sesuatu jasad, contohnya, skala celsius, kelvin atau fahrenheit. Suhu diukur dengan menggunakan termometer.Menengah Atas
pHpHNilai kepekatan ion hidrogen dalam larutan yang mempunyai skala pH antara 1 — 14. Nilai pH yang kurang daripada 7 merujuk kepada larutan berasid, manakala nilai pH yang lebih daripada 7 merujuk kepada larutan beralkali. Nilai pH 7 merujuk kepada larutan neutral. Lihat RajahMenengah Rendah
kompascompassAlat yang digunakan untuk menunjukkan arah mata angin. Kompas biasanya mempunyai skala bulat yang disenggat dalam unit darjah dan ditandai dengan mata angin utama, iaitu utara, selatan, barat dan timur.Menengah Rendah

Kembali ke atas