Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tanda-tanda yg terdapat pd alat peng­ukur (jangka suhu dsb) utk menentukan besarnya satuan ukuran: ~ Centigrade; kayu ~ kayu pembaris; 2. tingkatan (gaji dll); 3. nisbah atau kadar jarak (dlm peta, pelan, dll) sbg ganti yg sebenarnya: pelan sebuah rumah dilukis dgn ~ satu sentimeter bagi satu meter; ~ Celsius skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 0) dan takat didih air (diberi nilai 100); ~ Fahrenheit skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 32) dan takat didih air (diberi nilai 212); ~ Rich­ter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi, bernilai dr 0 hingga 8 atau lebih; penskalaan penghasilan skala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tanda-tanda tetap yg terdapat pd sesuatu alat pengukur: Pd pembaris ini, ada ~ inci dan ada ~ sentimeter. 2 alat yg bertanda dgn ukuran-ukuran tertentu: kayu ~ kayu pembaris. 3 susunan se­suatu tangga gaji; tingkatan gaji. 4 bandingan ukuran antara sesuatu yg benar dgn yg dilukis (dipetakan): Pelan rumah itu dibuat dgn ~ 1 inci bagi 10 kaki. ~ Richter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi (ukuran 5.5 hingga 8.9 dianggap sbg gempa yg teruk dan menyebabkan kemusnahan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skala


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scale downpenurunan skalaBioteknologiTiadaPenghasilan sesuatu metabolit dalam skala penghasilan (skala penuh) yang serupa dengan skala di peringkat makmal atau loji. bd. peningkatan skala.
technical drawinglukisan teknikKesenianTiadaLukisan yang menerangkan bentuk, ukiran, bahan dan perkara yang berkaitan, dan jelas dan terperinci mengikut skala-skala tertentu.
verniervernierKejuruteraanKejuruteraan MekanikSkala pendek bersenggat yang dipasang pada skala utama alat pengukuran bagi memberi bacaan terkecil. Bacaan diambil dengan cara menggelangsarkan skala ini di sepanjang skala utama. Skala ini banyak digunakan pada angkup vernier dan mikrometer.
change of scalepertukaran skala: perubahan skalaMatematikTiadaTiada
cochleakokleaVeterinarPraklinikalStruktur dalam telinga berbentuk seperti cangkerang siput yang berisi bendalir. Koklea terdiri daripada tiub tulang berpilin yang melingkar mengelilingi modiolus dan duktus koklea. Duktus koklea terletak di antara skala timpani dengan skala vestibuli. Skala timpani dipenuhi perilimfa sementara skala vestibuli dipenuhi endolimfa. Organ Corti dengan sel rambut derianya terletak dalam duktus koklea. Organ Corti berfungsi untuk mengesan impuls tekanan dan menukarkannya kepada impuls elektrik yang dialirkan melalui saraf auditori ke otak.
bench scaleskala makmalBioteknologiTiadaSkala penyelidikan di peringkat makmal untuk merangsang proses industri. Data-data daripada penyelidikan skala makmal digunakan untuk peningkatan skala.
Kelvin temperature scaleskala suhu KelvinFizikHabaSkala suhu yang sifar mutlaknya diberikan bacaan sifar dan sela suhunya bersamaan dengan skala suhu Celcius, C. Suhu pada skala Kelvin, K diperoleh dengan menggunakan perkaitan yang berikut : K = C + 237.15.
skala (G)skalaKesenianTiadaKedudukan urutan ton dalam bentuk bertangga yang menaik atau menurun. Sinonim dengan istilah scale.
black compressionpengimbang kontrasKomunikasiTiada1. Proses pergerakan warna yang ditunjukkan daripada skala kelabu menuju ke skala putih dan seterusnya menurun ke skala paling hitam. 2. Proses mengurangkan kontras pada warna kelabu pekat ke jajaran hitam dalam gambar televisyen.
scale uppeningkatan skalaBioteknologiTiadaPerkembangan dan peningkatan kemudahan serta peralatan untuk penghasilan berskala penuh berdasarkan konsep atau maklumat daripada uji kaji di peringkat skala makmal. bd. penurunan skala.
12345678910...

Kembali ke atas