Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[skan.dal] | سکندل

Definisi : perkara atau perbuatan keji (malu, aib, hina, dsb yg biasanya menimbulkan ke­marahan orang ramai): ~ itu melibatkan be­berapa orang ternama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skan.dal] | سکندل

Definisi : perkara atau perbuatan yg keji (memalukan dsb) yg biasanya menimbulkan kemarahan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skandal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Watergate ScandalSkandal WatergateSains PolitikHubungan AntarabangsaPencerobohan masuk ejen Presiden Richard Nixon ke dalam bangunan Watergate untuk mengganggu perjalanan kempen Parti Demokratik. Skandal politik ini menyebabkan peletakan jawatan Nixon pada tahun 1973. Watergate kini merujuk kepada individu atau tempat yang terlibat dalam skandal politik. Watergate merupakan bangunan pejabat di Washington, Amerika Syarikat yang digunakan oleh Jawatankuasa Nasional Parti Demokratik pada tahun 1972.
Iran-Contra ScandalSkandal Iran-ContraSains PolitikHubungan AntarabangsaSkandal yang berlaku pada tahun 1980-an yang melibatkan seorang askar Amerika Syarikat berpangkat Leftenan yang bernama Oliver North. Beliau dikatakan telah memberi arahan supaya keuntungan hasil jualan senjata Amerika Syarikat kepada Iran digunakan untuk menyokong perjuangan pasukan Contra di Nicaragua. Perbuatan ini menjadi satu isu yang dipertikaikan kerana jelas bertentangan dengan kehendak pihak Kongres Amerika Syarikat.
political quagmirejerlus politikSejarahTiadaPerkara-perkara yang tidak sihat seperti perbuatan menjatuhkan orang lain, skandal dan sebagainya yang berlaku dalam arena politik.
political claptrapomong kosong politikSejarahTiadaPerihal perbicaraan yang remeh-temeh dalam politik seperti gosip liar, skandal dan sebagainya dengan tujuan untuk menjatuhkan pihak lawan.

Kembali ke atas