Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sket] | سکرت

Definisi : sj pakaian luar perempuan (cara Barat) yg dilekatkan di pinggang dan labuhnya berbeza-beza, rok; berskirt memakai skirt: semalam gadis itu kelihatan ~ biru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sket] | سکرت

Definisi : pakaian wanita cara Barat yg dipakai dr pinggang hingga ke paras paha (lutut atau betis). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skirt


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MINI KOMPUTER ATAU KOMPUTER MINI DAN SEBAB MINI SKIRT DAN SEBAB

KOMPUTER MINI yang betul bukan MINI KOMPUTER. Kita panggil BAS MINI bukan MINI BAS sebab ini pola Inggeris sama dengan MINI SKIRT. Yang betul ialah SKIRT MINI.

Tatabahasa18.05.2009
Adakah wujud perkataan " Skirt" di dalam Bahasa Melayu. Boleh perjelaskan.Terima kasih.Perkataan 'skirt' terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Skirt  ialah pakaian luar perempuan (cara Barat) yang dilekatkan di pinggang dan labuhnya berbeza-beza.Makna29.07.2008
Boleh tanya penggunaan perkataan "skirt mini" adakah boleh diterima dalam bahasa Melayu? Terima KasihPerkataan Skirt Mini boleh digunakan dalam bahasa Melayu.Istilah07.03.2016
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat m/s 1034. Kata `mini ` mempunyai maksud (1)sangat kecil, sangat pendek. ( 2) sebagai imbuhan awalan asing iaitu juga bermaksud sangat kecil atau singkat. Maka contoh yang diberikan seperti bas mini, karipap mini, pasar mini. Mengapakah `miniskrit` dikatakan betul? Salahkah jika ditulis `skirt mini`kerana l`skrit mini `lebih tepat dari segi hukum D-M?Berdasarkan Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Daftar Istilah, istilah yang tepat ialah skirt mini. Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan perkataan ini disebabkan oleh kelaziman penggunaannya dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Istilah18.04.2009

Kembali ke atas