Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[skor] | سکور

Definisi : (mata, gol, jaringan, dsb) jumlah angka kemenangan dlm perlawanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
skor
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :markah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara digraf dan konsonan bergabung? perkataan seperti kh, gh, ng, ny dan sy ialah digraf. jadi, perkataan seperti krim, drama, skor, klinik ialah konsonan bergabung. bagaimanakah pula dengan perkataan pisang, potong, kacang? terima kasih atas keprihatinan tuan menjawab soalan saya.Perkataan ng dalam pisang, potong dan kacang merupakan digraf.Tatabahasa26.06.2013
Saya dan beberapa pensyarah Jabatan Perubatan PPUKM ingin mengadaptasikan satu ujian neuropsikologi yg digunakan di negara Barat untuk kegunaan masyarakat Malaysia. Dalam ujian tersebut, pesakit akan diminta untuk menamakan sebanyak mungkin perkataan yang bermula dari huruf "F", "A", dan "S" dalam tempoh satu minit setiap satu huruf. Dan skor pesakit adalah berdasarkan jumlah perkataan yang berjaya dinamakan. Walaubagaimanapun, pihak kami berpendapat, agak sukar bagi pesakit di Malaysia untuk menamakan perkataan2 berbahasa Melayu yang bermula dari huruf "F" dan ini menyebabkan pesakit akan mendapat skor yang rendah yang tidak menggambarkan pencapaian beliau yang sebenar. Oleh itu kami ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan untuk menggantikan huruf-huruf yang sesuai bagi ujian tersebut terutama penggantian huruf "F". Untuk makluman tuan, menurut versi asal ujian tersebut huruf2 berkenaan dipilih berdasarkan kekerapan penggunaan dalam perkataan berbahasa inggeris. Khidmat nasihat dan kerjasama tuan dalam hal ini amat2 dihargai. Terima kasih.Soalan puan memerlukan perincian dan data yang sahih yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Pihak kami berusaha untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan dengan Bahagian Perkamusan dan akan kami e-melkan data yang diperlukan kepada Puan Khairiyah dengan kadar segera.Tatabahasa11.12.2012
Pada 11/12/12 yang lepas saya telah memohon untuk khidmat nasihat berkaitan penggunaan huruf. (Mohon pihak tuan semak soalan sebelum ini) Tetapi sehingga sekarang saya tidak menerima sebarang maklum balas dari bahagian Perkamusan seperti yang direspon balas oleh pihak tuan berhubung soalan saya sebelum ini. Mohon pihak tuan untuk memberi perhatian perkara ini kerana saya benar-benar memerlukan kerjsama dari pihak DBP berkenaan uiian penyelidikan kami. Terima kasih.Soalan puan tentang [Jabatan Perubatan PPUKM ingin mengadaptasikan satu ujian neuropsikologi yg digunakan di negara Barat untuk kegunaan masyarakat Malaysia. Dalam ujian tersebut, pesakit akan diminta untuk menamakan sebanyak mungkin perkataan yang bermula dari huruf "F", "A", dan "S" dalam tempoh satu minit setiap satu huruf. Dan skor pesakit adalah berdasarkan jumlah perkataan yang berjaya dinamakan. Walaubagaimanapun, pihak kami berpendapat, agak sukar bagi pesakit di Malaysia untuk menamakan perkataan2 berbahasa Melayu yang bermula dari huruf "F" dan ini menyebabkan pesakit akan mendapat skor yang rendah yang tidak menggambarkan pencapaian beliau yang sebenar. Oleh itu kami ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan untuk menggantikan huruf-huruf yang sesuai bagi ujian tersebut terutama penggantian huruf "F". Untuk makluman tuan, menurut versi asal ujian tersebut huruf2 berkenaan dipilih berdasarkan kekerapan penggunaan dalam perkataan berbahasa inggeris" berkaitan] dirujuk. Untuk makluman puan tidak ada maklumat yang berkaitan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun untuk makluman puan DBP telah membangunkan Pangkalan Data Korpus yang boleh diakses melalui laman web kami www.dbp.gov.my untuk kemudahan penyelidik membuat kajian leksikal dalam bahasa Melayu. Melalui perbincangan dengan Bahagian Perkamusan, mencadangkan pihak puan merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi Edisi Kedua untuk melihat sepintas lalu senarai kata dalam bahasa Melayu. Puan juga boleh merujuk kertas kerja Persidangan Antarabangsa Linguistik yang dianjurkan pada setiap tahun oleh UKM.Lain-lain10.01.2013
Assalamualaikum Tuan, Apakah pandangan profesional tuan jika kami menterjemah kata SCORECARD menjadi "SKORKAD" dalam Bahasa Melayu dan kata BALANCED menjadi "SEIMBANG". Jika terjemahan ini betul, maka bolehlah kita menterjemah istilah BALANCED SCORECARD (istilah bidang pengurusan, perakaunan) menjadi "SKORKAD SEIMBANG" dalam Bahasa Melayu. Kerjasama dan pandangan tuan amat kami hargai. Sekian dan terima ksaih.Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah kad skor seimbang.Istilah24.07.2008

Kembali ke atas