Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[skrin] | سکرين

Definisi : 1. sekat (tabir dll); 2. permukaan yg rata berupa kaca dsb (pd televisyen, monitor komputer dsb) tempat memaparkan gambar, teks, grafik dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skrin] | سکرين

Definisi : 1 tabir yg dpt digerak-gerakkan utk melindungi sesuatu dsb. 2 permukaan yg rata pd televisyen dll tempat gam­bar dpt dilihat. ~ rata ist monitor komputer, televisyen dsb yg berbentuk panel nipis, mempunyai permukaan yg rata, dan ringan. ~ sentuh ist skrin komputer yg membolehkan pengguna membuat arahan kpd komputer dgn cara menyentuh skrin tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skrin

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
screen gaingandaan/pencerahan skrinTeknologi MaklumatTiadaPengukuran pantulan cahaya pada permukaan skrin monitor atau skrin tayangan. Nombor gandaan mewakili nisbah cahaya yang terpantul daripada skrin dibandingkan dengan cahaya yang terpantul dari papan putih yang piawai (magnesium oksida). Sebagai contoh gandaan skrin bernilai 1.5 akan mempunyai jumlah pantulan 50% cahaya lebih tinggi daripada yang dipantul oleh papan putih.

touch screenSkrin sentuhTeknologi MaklumatTiadaSkrin paparan video yang digunakan sebagai peranti input dan output. Pengguna hanya perlu menyentuh imej yang dipaparkan pada skrin untuk memilih halaman lain atau memasukkan data. Untuk membolehkan skrin video menerima input, skrin dilapisi dengan bahan resistif (sensitif-tekanan), kapasitif, sensitif-elektrik, gelombang permukaan akustik atau inframerah (sensitif foto). Kesan sentuhan ke atas lapisan bahan membolehkan permukaan skrin bertindak sebagai peranti input dan sistem komputer tidak lagi memerlukan tetikus dan papan kekunci seperti kiosk, PDA dan telefon pintar. Contoh lain seperti sesetengah mesin ATM dan mesin deposit tunai di bank.

light screensskrin cahaya; skrin ringanKomunikasi MassaTiadaTiada
on screen editoreditor skrin/pengedit skrinTeknologi MaklumatTiadaTiada
screen flickerkerlipan skrinTeknologi MaklumatTiadaKeadaan herotan yang kelihatan pada skrin monitor yang menggunakan kadar segar semula yang rendah. Kerlipan skrin ini dapat dilihat apabila pengguna menggulung paparan ke bawah atau ke atas. Keadaan skrin monitor yang berkerlip-kerlip ini juga boleh disebabkan oleh fosfor skrin yang berkualiti rendah.
screen capturetangkapan skrinTeknologi MaklumatTiadaAktiviti menyalin atau memindahkan imej yang sedang dipaparkan di skrin komputer ke fail atau pencetak. Sekiranya sistem berada di dalam mod grafik, tangkapan skrin akan menghasilkan fail grafik yang mengandungi peta bit. Sekiranya sistem dalam mod teks, tangkapan skrin dimuatkan ke dalam fail dengan kod ASCII. Sinonim longgok skrin.

touch screenskrin sentuhTeknologi MaklumatTiadaSkrin komputer yang menerima input pengguna melalui sentuhan skrin.
12345678910...

Kembali ke atas