Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[skru] | سکرو

Definisi : sj pasak atau paku besi yg berbenang atau beralur badannya (yg diputar utk memasang); ~ gila skru yg tidak sekata benangnya (alur­nya); menskru 1. memasang skru; 2. membuat benang atau alur pd batang besi supaya men­jadi skru, membuat skru; menskrukan memasang (melekatkan dll) sesuatu dgn skru; penskru alat utk membuat (membenang) skru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skru] | سکرو

Definisi : paku besi yg beralur batangnya dan dimasukkan ke dlm kayu dll dgn memutarkannya. berskru meng­gunakan atau mempunyai skru. menskru memasang (menggunakan) skru pd; melekatkan sesuatu dgn skru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skru


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
differential screwskru kebezaanKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat penggerak jenis skru gabungan yang terdiri daripada skru utama dan skru sekunder. Alat ini menghasilkan gerakan akhir yang bergantung pada nisbah putaran antara skru utama dengan skru sekunder. Skru utama biasanya mempunyai ulir kasar yang berfungsi memutar skru sekunder, manakala skru sekunder pula mempunyai ulir lebih halus untuk menghasilkan gerakan yang lebih persis. Alat ini digunakan dalam peralatan yang memerlukan kejituan tinggi seperti dalam mikroskop imbasan.
differential screwskru bezaanMekanikGunaanSkru yang terbentuk daripada dua skru, diatur supaya gerakan paduan ialah hasil tolak bagi gerakan individu skru-skru komponennya.
compound screwskru majmukMekanikGunaanSkru yang terbentuk daripada dua skru, diatur supaya gerakan paduan ialah hasil tambah bagi gerakan individu skru-skru komponennya.
jack screwskru bicuKejuruteraanTiada1. Bicu yang dijalankan oleh mekanisme skru.,2. Skru bagi bicu skru.,3. Skru yang dilekatkan pada salah satu bahagian penyambung dua bahagian, dan digunakan untuk merapatkan atau memisahkan dua bahagian itu.
sealkedapKejuruteraanPetroleumMenutup rapat-rapat atau mengunci dengan baik semua sambungan ataupun skru-skru pada sistem supaya tidak terjadi kebocoron aliran bendalir yang mengalir di dalam sistem berkenaan.
power unitunit kuasaKejuruteraanTiada1. Enjin atau himpunan enjin yang lengkap dengan sebarang aci pemanjangan, gear-gear pengurangan atau skru-skru udara. 2. Peringkat yang direka bentuk untuk menyampaikan kuasa keluaran sebuah amplifier.
grub screwskru penetap; skru grubKesenianTiadaSkru untuk mengetatkan dan menetapkan sesuatu bahagian yang boleh digerakan.
leadmajuanMekanikGunaanSesaran paksi yang dialami oleh skru apabila skru itu diberikan satu putaran penuh. Unit ukurannya ialah milimeter, mm. Majuan, l, dihubungkan dengan pic, p, sesuatu skru melalui ungkapan l = np, dengan n sebagai bilangan ulir bebas pada skru. Lihat juga pic.
twin screwsskru kembarKejuruteraanKejuruteraan MekanikDua batang skru yang berpadan digunakan dalam pam, pemampat dan enjin stim. Salah satu batang skru bersambung pada aci yang dipacu oleh pemacu luar. Batang skru yang satu lagi berputar pada arah yang bertentangan akibat tindak balas skru. Pergerakan dua batang skru ini menyebabkan bendalir kerja tersesar.
screwdriverpemutar skru; pengering skruFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas