Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[slaid] | سلاءيد

Definisi : 1. kepingan kaca yg kecil utk memeriksa spesimen di bawah mikroskop, sisip kaca; 2. gambar pd kepingan seluloid yg lut sinar (ditayangkan pd skrin atau layar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata slaid


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boleh berikan maksud yang sesuai digunakan untuk "slides presentation"? adakah 'paparan slaid' sesuai digunakan? atau ' persembahan slaid'?Cadangan kami slides presentation diterjemahkan kepada persembahan slaid, iaitu sesuatu yang dipersembahkan   kepada khalayak dalam bentuk slaid.Penyemakan dan penterjemahan08.01.2015
Tuan / Puan, Bolehkah Tuan/Puan menyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Titik setitis air ke atas slaid kaca. 1b) Titis setitik air ke atas slaid kaca. 1c) Titik setitik air ke atas slaid kaca. 1d) Titis setitis air ke atas slaid kaca. Terima kasih.Titis dan titik sama maknanya, maka semua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa25.11.2011
slidepaparan /slaidIstilah07.10.2011
Apakah istilah dalam bahasa Melayu yang tepat bagi "webinar" (web seminar) yang begitu popular sejak beberapa bulan kebelakangan ini?Perkataan webinar telah diterima dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Webinar bermaksud pembentangan yang disampaikan melalui web. Contohnya, persembahan slaid kuliah, atau bengkel yang dilaksanakan menggunakan kemudahan Internet. Webinar juga boleh melibatkan sesi persidangan video interaktif.Istilah09.07.2020
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bahasa Melayu yang setara untuk "rotational retrogressive slide"? Terima kasih. Sumber: http://www.lawyerment.com.my/library/doc/laws/casecode/jdgm/11082000-01-5.shtmlUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rotational retrogressive slide". Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah slaid retrogresif berputar.Istilah11.12.2013
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanyakan satu soalan.. Apakah produk hiburan multimedia ? Adakah ianya seperti alat-alat gadget yang melibatkan permainan atau sebaliknya... Terima kasih..Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan tiga makna bagi kata multimedia, iaitu 1. berkaitan dengan penggunaan pelbagai jenis media seperti slaid, televisyen terutamanya dalam membuat persembahan (mengajar, menunjuk cara) 2. berkaitan dengan produk, program yang melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, data untuk menyampaikan maklumat 3. sistem komputer yg menggabungkan suara, animasi, grafik, teks dan video. Maka, dari segi bahasa, produk hiburan multimedia boleh meliputi apa-apa sahaja alat-alat/peranti yang menggunakan sistem komputer yang melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, dan data untuk tujuan hiburan, termasuk permainan.Makna19.09.2017
Tolong jelaskan secara ringkas tentang 1. Ayat gramatis 2. Ayat majmuk 3. Ayat Aktif 4. Ayat pasif 5. Ejaan yang betul, powerpoint, power point atau Power point. Terima kasih.1. Ayat gramatis ialah ayat yang dibina mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa.
2. Ayat majmuk ialah ayat besar yang terdiri daripada dua ayat kecil atau lebih.
3. Ayat Aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
4. Ayat pasif  ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
5. Ejaan yang betul ialah powerpoint atau tuan boleh juga menggunakan slaid persembahan.
Tatabahasa29.11.2013
Adakah perkataan 'webinar' ada dalam istilah bahasa Melayu?Webinar atau seminar berasaskan web terdapat dalam istilah bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi iaitu Pembentangan yang disampaikan melalui web. Contohnya, persembahan slaid kuliah, atau bengkel yang dilaksanakan menggunakan kemudahan Internet. Webinar juga boleh melibatkan sesi persidangan video interaktif.Istilah09.06.2020
Boleh saya dapat terjemahan perkataan di bawah dalam bahasa Melayu: 1. Colometric end point 2. Read spectrophotometrically 3. Fixed Stage Upright Microscope 4. Frosted slide 5. Competitive inhibition enzyme immunoassay 6. Pre-coated antibody specific 7. Unlabeled LH 8. Avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) 9. Biotin labeled rat LH 10. Assay diluents 11. Detection reagent 12. Non-specific binding well 13. Total activity well 14. Goat anti-Mouse IgG 15. Mouse IgG 16. Absolute etanolUntuk makluman, semua istilah yang dikemukakan belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus. Walau bagaimanapun, bersama-sama ini diberikan cadangan padanan istilah bahasa Melayu. Sekiranya padanan bahasa Melayu yang diberikan tidak sesuai, sila berikan konsep istilah tersebut. 
1. colometric end point - Tidak ada perkataan colometric, yang ada ialah colorimetric. Padanan yang dicadangkan ialah takat akhir kolorimetri.
2. read spectrophotometrically - spektrofotometrik baca
3. fixed stage upright microscope - mikroskop tegak tapak tetap
4. frosted slide - slaid kabut
5. competitive inhibition enzyme immunoassay - imunocerakin enzim perencatan bersaingan
6. pre-coated antibody specific  - antibodi prasalut spesifik
7. unlabeled LH - LH tanpa label
8. avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) - avidin berkonjugat kepada remunggai peroksidase
9. biotin labeled rat LH - LH tikus terlabel biotin
10. assay diluents - pencair cerakin
11. detection reagent - bahan uji pengesanan atau reagen pengesanan
12. non-specific binding well - telaga ikatan tak spesifik
13. total activity well  - telaga aktiviti total
14. goat anti-mouse IgG - IgG antitikus kambing
15. mouse IgG - IgG tikus
16. absolute etanol -etanol mutlak
Istilah13.08.2012

Kembali ke atas