Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.a.lan] | سوءالن

Definisi : sesuatu yg ditanyakan (dlm pepe­riksaan dll), pertanyaan: jawab lima drpd tujuh soalan yg di bawah ini; ~ bocor soalan (peperiksaan, ujian dsb) yg sudah diketahui sebelum peperiksaan, ujian dsb dijalankan: mereka mendapat ~ bocor SPM drpd pe­muda itu; ~ ramalan soalan yg diramalkan akan keluar atau ditanyakan dlm peperiksaan, ujian dsb: dlm saat-saat akhir ini, Siti mahu memberi perhatian kpd ~ ramalan serta tip yg diberi oleh guru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
soal
Kata Terbitan : menyoal, mempersoalkan, persoalan, soalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan-soalan untuk Khidmat Nasihat DBP 1. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘perarakan’? 2. Apakah sebutan ‘perarakan’? 3. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘perempuan’? 4. Apakah sebutan ‘perempuan’? 5. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘menguek’? 6. Apakah sebutan ‘menguek’? 7. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘berada’? 8. Apakah sebutan ‘berada’? 9. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengambil’? 10. Apakah sebutan ‘mengambil’? 11. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengalir’? 12. Apakah sebutan ‘mengalir’? 13. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengutip’? 14. Apakah sebutan ‘mengutip’? 15. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengayuh’? 16. Apakah sebutan ‘mengayuh’? 17. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘menyanyi’? 18. Apakah sebutan ‘menyanyi’? 19. Bagaimanakah cara menulis ‘mari oh ke mari/ kemari’? 20. Yang manakah betul: ‘boleh melihat’ atau ‘boleh lihat’? 21. Yang manakah betul: ‘dapat melihat’ atau ‘dapat lihat’? 22. Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan ‘di’? (Di desa ada sungai. Di dalam beg ada buku.)

1.    1.Sila rujuk cara pemenggalan dan sebutan suku kata bagi perkataan tersebut di lampiran.

2. Ejaan yang betul ialah "ke mari", dieja terpisah.

3. Perkataan "boleh melihat", "boleh lihat", "dapat melihat" dan "dapat lihat" betul dan boleh digunakan berdasarkan kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat.

4. Kedua-dua ayat tersebut betul: "Di desa ada sungai." dan "Di dalam beg ada buku."

 

1.   


Ejaan17.04.2024
Soalan : Apakah terjemahan terbaik ke bahasa Melayu untuk "Inspire Inclusion" adalah "Inspirasikan Keterangkuman". Adakah ini tepat dan betul dengan tatabahasa? https://www.internationalwomensday.com/ThemeCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah Inspire Inclusion ialah Rangkuman Inspirasi.Penyemakan dan penterjemahan17.11.2023
Soalan: Bolehkah ayat "Tertakluk pada terma dan syarat" boleh dipendekkan. Jika perlu dipendekkan, apakah padanan yang sesuai atau boleh digunakan? Contohnya seperti "Terms & Conditions apply" boleh ditulis sebagai "T&Cs apply.".Ayat "Tertakluk pada terma dan syarat" tidak boleh dipendekkan. Tatabahasa20.12.2023
Soalan: Apakah terjemahan “asam gelugur” dalam bahasa Inggeris? Sering kali dijumpai dalam buku masakan dan di internet bahawa “tamarind slices” adalah “asam gelugur”. Ini sangat mengelirukan kerana istilah “tamarind” adalah merujuk kepada asam jawa yang datangnya dari pokok asam jawa, bukannya pokok gelugur. Harap DBP dapat berikan penjelasan. Terima kasih.​Tiada padanan yang tepat bagi istilah asam gelugur dalam bahasa Inggeris kerana istilah sumbernya merupakan istilah tempatan.Istilah03.11.2023
soalan seperti di lampiran.Pihak kami telah meneliti cadangan pihak puan untuk menggantikan Akta Pemakanan Malaysia kepada Akta Nutrisi Malaysia. Kami berpandangan, Akta Pemakanan Malaysia adalah lebih sesuai untuk diguna pakai mengikut pengisian akta yang dijelaskan oleh pihak KKM iaitu bertujuan untuk menggalakkan orang ramai makan secara sihat. Justifikasi dan penerangan yang lebih lanjut telah diberikan melalui e-mel yang dihantar kepada pihak puan pada 2 Oktober 2023.Lain-lain14.09.2023
Soalan tentang tanda baca, italic, title case: 1) Apakah beza penggunaan tanda petik " " dan . 2) Apakah cadangan DBP untuk penggunaan italik untuk perkataan asing atau frasa khas. Perlu italik atau cukup sekadar tanda petik? 3) Apakah peraturan penggunaan Title Case. Bolehkah semua perkataan mempunyai huruf besar di awal? 4) Adakah pagi/petang boleh ditulis dengan singkatan seperti "AM" "PM" contohnya bahasa inggeris, "9am-5pm" BM ditulis bagaimana?

Penulisan tanda petik bergantung pada konteks penggunaannya. Terdapat dua tanda petik yang  biasa digunakan dalam penulisan, iaitu tanda petik (“ ”) dan tanda petik tunggal (‘ ’). Perbezaan kedua-dua tanda petik ini ialah tanda petik (“ ”) lazimnya digunakan penanda yang mengapit cakap ajuk atau petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis; penanda yang mengapit judul rencana, karangan, puisi, bab, buku dan sebagainya yang digunakan dalam ayat; dan penanda yang mengapit huruf, angka, simbol, istilah atau kata untuk tujuan khusus. Tanda petik tunggal (‘ ’) pula, ialah biasanya digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Untuk memahami dengan lebih mendalam, sila rujuk buku Gaya  Dewan,  Edisi Ke-4, halaman 125.

Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ke-4, halaman 153,  huruf italik atau huruf condong boleh digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Contohnya lingua franca, mala fide dan prima facie. Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu diitalikkan. Contohnya, suai pada (copy fitting), kebebasan seni (poetic license) dan kos sut (marginal cost).

Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ke-4, halaman 147.

Penggunaan singkatan bahasa Inggeris “am” dan “pm”  dalam bahasa Melayu ialah “pg.” dan “ptg.” atau “pg.” dan “mlm.”.  Oleh itu, jawapan yang betul ialah 9 pg.- 5 ptg.


Lain-lain05.09.2023
Soalan berkenaan penggunaan singkatan perkataan dalam sari kata. Bagi kependekan, contohnya, "kan", bolehkah digunakan untuk sari kata TV/OTT? contoh: Awak yang datang tadi, kan? Atau seharusnya ditulis penuh? Mohon bimbingan.Sari kata ialah terjemahan dialog daripada filem yang mengungkapkan perbualan watak-watak. Oleh itu, penggunaan perkataan "kan" berdasarkan terjemahan dalam bahasa Melayu. Pastikan setiap dialog ditulis dengan menggunakan tanda petik, seperti "Awak datang sebentar tadi, kan?" Tatabahasa07.08.2023
soalan: Mohon jelaskan sebab penanda wacana, Hal ini dikatakan demikian kerana tidak memerlukan tanda baca koma. Tidak seperti penanda-penanda wacana yang lain yang perlu diletakkan tanda koma setiap penggunaannya.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525-527, agar wujud kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Dalam bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana, iaitu:

  i. penanda penghubung
 ii. penanda rujukan
iii. penanda penggantian
iv. penanda leksikal
 v. penanda elipsis atau pengguguran

Berdasarkan pertanyaan tuan/puan, dapat difahami bahawa penanda wacana tersebut ialah penanda penghubung yang dikategorikan sebagai penghubung musabab.  Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Sekiranya penanda wacana hadir pada awal ayat, lazimnya tanda koma (,) digunakan. Selain itu, penghubung musabab ialah penanda wacana yang merupakan sebab berlakunya sesuatu. Contoh penanda musabab ialah kerana, oleh sebab, oleh itu, oleh hal demikian, dengan itu dan maka itu.

Untuk makluman tuan/puan, kami di DBP berpegang pada buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan. Jika berlainan daripada apa yang ditulis, hal berkenaan di luar bidang kuasa kami. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525-529.

Tatabahasa14.07.2023
Soalan : si Ahmad atau Si Ahmad? jawapan dalam khidmat nasihat DBP berbeza pada 21.01.2015 dan pada 09.01.2014 Soalan : si arnab atau Si Arnab atau si Arnab? Soalan : si pencuri atau Si Pencuri atau si PencuriJawapan yang betul ialah:

1. si arnab/si pencuri (pada pertengahan ayat)
2. Si Arnab/Si Pencuri (untuk tajuk atau kata nama khas)

Tatabahasa26.01.2024
Soalan saya, ayat tanya manakah yang tepat untuk soalan berikut? Apakah terdapat keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah? Atau Adakah Apakah terdapat keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah?

Ayat tanya yang betul berdasarkan konsep dan konteks ayat yang bersesuaian ialah “Adakah terdapat keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah?” atau “Apakah keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah?”.

Tatabahasa19.03.2024
12345678910...

Kembali ke atas