Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.kong] | سوکوڠ

Definisi : tiang yg dipasang condong utk me­nyangga sesuatu (supaya jangan rebah dll), junjungan, penjalaran (utk tumbuh-tumbuhan spt kacang panjang dll); ~ membawa rebah prb orang yg dipercayai itu sendiri yg ber­khianat kpd kita; menyokong 1. menyangga (menopang) se­suatu supaya jangan rebah atau roboh: be­berapa orang ~ dan memapah dia supaya jangan rebah; 2. menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan dll, memberi bantuan (tenaga, wang, dll), membantu: saya ~ penuh fikiran penulis itu; gerila kami ~ pembe­rontakan mereka; sokongan 1. sesuatu yg dijadikan sokong (tiang dll), tunjangan; 2. perbuatan menyata­kan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan (wang dll), pertolongan: tidak ada sebuah parti politik yg boleh kekal berkuasa tanpa ~ orang Melayu; ~ moral sokongan yg tidak berupa bantuan kebendaan tetapi yg mem­berikan perangsang (mengukuhkan semangat dsb); penyokong 1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, meno­long), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.kong] | سوکوڠ

Definisi : apa-apa yg dipasang utk me­nyangga sesuatu yg lain supaya tidak rebah. menyokong 1 menaruh sang­ga pd sesuatu supaya tidak rebah; menyangga; menopang. 2 memberikan bantuan (baik berupa wang mahu­pun tenaga dsb); membantu: Saya ~ usul saudara tadi. sokongan 1 hasil menyokong. 2 apa-apa yg diberi­kan sbg bantuan; pertolongan. penyo­kong 1 apa-apa yg digunakan utk menyokong; sokong. 2 orang yg mem­berikan sokongan atau bantuan; penolong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sokong (kata nama)
Bersinonim dengan tiang, sangga, topang, tunjang, galang, junjungan, penjalaran, tumpil;,
Kata Terbitan : menyokong, sokongan, penyokong,

Peribahasa

Pancing makan umpan.

Bermaksud :

Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
risecangkat; bubunganKejuruteraanTiada2. Ketinggian tegak daripada sokong-sokong hujung ke perabung bumbung.,bagi dua titik pada sistem koordinat Cartesan. Sinonim: langkah-y.
guide rodrod panduMekanikGunaanRod yang digunakan sebagai susur untuk alat gelangsar [Rajah R3]. Rod pandu ialah sokong yang kerap ditemui dalam analisis mekanik. Sokong ini memberikan sokong-sokong dalam bentuk daya tindak balas pada arah yang serenjang dengan arah gelangsaran. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 167 RAJAH R3
reactive forcedaya tindak balasKejuruteraanTiadaDaya yang bertindak pada kedudukan sokong-sokong jasad.
reactive forcedaya tindak balasMekanikGunaanDaya yang bertindak pada kedudukan sokong-sokong jasad. Daya ini merintangi gerakan yang mahu diwujudkan oleh daya kenaan. Daya tindak balas tidak mengalami sesaran pada arah tindakannya apabila jasad itu diberikan semua sesaran yang mungkin. Daya tindak balas tidak boleh melakukan sebarang kerja.
raillandasan;relKejuruteraanTiada1. Bar yang dipasang di antara tiang-tiang atau sokong-sokong lain sebagai penghalang.,2. Bar keluli yang terletak di atas bendul silang yang berfungsi sebagai trek bagi kereta api dan kenderaan-kenderaan lain yang mempunyai roda berbebibir.,3. Manifold tekanan tinggi dalam beberapa sistem pancutan bahan api.
raillandasan;relKesenianTiada1. Bar yang dipasang di antara tiang-tiang atau sokong-sokong lain sebagai penghalang.
simple supportsokong mudahMekanikGunaanSistem sokong yang terbentuk daripada sokong cemat dan sokong guling yang bertindak di dua titik yang berlainan pada sesuatu anggota (biasanya rasuk). Sistem sokong ini hanya menerbitkan tiga komponen daya tindak balas apabila anggota berkenaan ditindak beban. Rasuk yang disokong oleh sistem ini adalah boleh tentu secara statik dan dinamai rasuk mudah.
supportsokongMekanikGunaanPengekang gerakan pada sesuatu arah. Sokong menahan gerakan melalui sistem daya pengekang yang diterbitkannya. Tabiat sistem daya pengekang yang mampu diwujudkan oleh sokong bergantung pada jenis sokong berkenaan. Contoh sokong yang kerap ditemui dalam amalan ialah permukaan sebarang objek, tali, pegas, dan sambungan cemat.
redundant supportsokong lewahMekanikGunaanSokong yang melebihi daripada yang diperlukan untuk keseimbangan jasad. Sesuatu sokong menjadi lewah jika penambahannya menyebabkan bilangan tindak balas sokong melebihi persamaan keseimbangan yang berkaitan dengan masalah berkenaan.
roller supportsokong gulingMekanikGunaanSokong yang mampu menerbitkan daya pengekang tetapi tidak mampu menerbitkan sebarang ganding pengekang, dan sokong ini akan berguling pada permukaan sokong di bawah tindakan sebarang sistem daya yang umum.
12345678910...

Kembali ke atas