Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.lar] | سولر

Definisi : Id; minyak ~ sj minyak yg pekat (utk enjin diesel). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata solar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon jasa baik tuan/puan untuk menterjemahkan "Solar Lighting" dalam bahasa Melayu. Terima kasih.Terjemahan bahasa Melayu untuk "solar lighting" ialah pencahayaan solar.Istilah04.09.2013
Salam, saya ingin tahu terjemahan istilah DYE SENSITIZED SOLAR CELL dan COUNTER ELETRODE. terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "dye sensitized solar cell" dan "counter electrode"  dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sel solar peka pencelup dan elektrod lawan.Istilah29.04.2014
apakah padanan perkataan "genset" dan "solar hybrid" dalam bahasa Melayu? terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi genset ialah jana kuasa, manakala solar hybrid ialah hibrid suria.Istilah07.06.2017
Tuan, Mohon terjemahan bagi perkataan 'Solar Arrays' sebagaimana yang digunakan dalam grafik yang dilampirkan.Dalam bidang Aeroangkasa, istilah untuk Solar Arrays  ialah panel suria atau susunan suria.Istilah05.03.2019
Bagi Sistem Solar Hibrid atau sambungan ke grid, terdapat 429 projek di Sarawak dengan 423 (99%) telah siap dan 6 (1%) dalam pelaksanaan Adakah penggunaan kata sendi 'dengan' dalam ayat ini betul?Ayat yang betul ialah:  Bagi Sistem Solar Hibrid atau sambungan ke grid, terdapat 429 projek di Sarawak.  Daripada jumlah tersebut,  sebanyak 423 (99%) telah siap dan 6 (1%) dalam pelaksanaan. Tatabahasa19.01.2010
Selamat sejahtera tuan dan puan. Apakah jawapan bagi soalan ini.Mohon penjelasan.Pelbagai jenis kereta solar telah---- sempena Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2013 A bertanding B menandingi C ditandingi D dipertandingkan Sekian terima kasihAyat yang betul, Pelbagai jenis kereta solar telah dipertandingkan bersempena dengan Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2013.

Tatabahasa04.06.2015
Assalamualaikum, saya siti azrah dari Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik UKM. Saya ingin bertanya tentang istilah bahasa melayu yang sesuai apabila tajuk kajian saya diubah dari bahasa inggeris ke bahasa melayu Tajuk kajian penyelidikan saya ialah "Synthesis and characterization of TiO2-ZnO core-shell nanograss for dye-sensitized solar cell". Apakah istilah bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan "core-shell" "nanograss" dan "dye- sensitized solar cell". Saya berharap pihak tuan dapat membantu saya. Terima kasihUntuk makluman, belum terdapat istilah khusus untuk "core-shell" dan "dye-sensitized solar cell" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk istilah yang berikut:
core- teras
shell - petala
dye-pewarna
sensitized - terpeka
solar cell- sel suria

Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "core shell" ialah petala teras dan "dye-sensitized solar cell' ialah sel suria terpeka pewarna.
Istilah06.09.2015
salam, saya ingin menerbitkan dua buah buku. 1) buku thesis ijazah saya 2) buku teknologi tenaga solar (bidang kepakaran saya) apakah laluan yang perlu saya ikuti sehimgga buku saya dapat diterbitkan. Terima kasih stevensonWaalaikumussalam. Tuan boleh menghubungi Pengarah Jabatan Penerbitan melalui talian 0321479494 untuk maklumat lanjut. Sekian. Terima kasih.Karya20.06.2017

Kembali ke atas