Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.lat] | صلاة

Definisi : sembahyang (dlm agama Islam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.lat] | صلاة

Definisi : sembahyang (dlm agama Islam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
solat
Bersinonim dengan sembahyang, ibadah, doa, permohonan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wbt. Saya nak tanya untuk "solat hajat", "solat jenazah" dan jenis-jenis solat yang lain, adakah perlu ditulis dalam huruf besar pada permulaan kata seperti Solat Hajat, Solat Jenazah. Mohon pencerahan daripada pihak tuan tentang kekeliruan saya. Terima kasihSekiranya perkataan pada permulaan ayat perlu huruf besar seperti Solat hajat. Ejaan solat jenazah dan jenis-jenis solat lain dieja dengan huruf kecil. Tatabahasa01.02.2017
ejaan 'solat tarawikh' @ 'solat terawih' atau 'solat tarawih'? TQVM ya..Ejaan yang betul ialah tarawih.Ejaan19.08.2010
1) Dia membatalkan hasratnya untuk menunaikan 'Solat Subuh' atau 'solat Subuh' di masjid. 2) Saya ingin bertanya makna 'triggered' bagi dua konteks ayat ini. "Abang ingatkan adik 'triggered' pasal Mak Long dera kita dulu" dan "Adik dah lama lupa tentang Mak Long melainkan tiba-tiba adik kena pukul balik. Tu mungkin boleh jadi PTSD adik 'triggered' semula.”
1.   Waktu solat merupakan kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat. Contohnya solat subuh, solat zuhur, solat asar, solat maghrib dan solat isyak. 

2. Mengikut Kamus  Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "trigger" membawa maksud "mencetuskan". Perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks dan situasi yang sesuai, salah satunya ialah "menjadi marah".
Tatabahasa08.12.2020
Bagaimana cara-cara menunaikan solat secara berjemaah dan apakah kepentingannya?

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Posisi imam mesti di hadapan makmum dan posisi makmum di belakang imam. Makmum  tidak boleh mendahului imam dalam perlakuan dalam solat.

Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat mua'akad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah

Sabda Nabi SAW:"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara yang dibincangkan silalah rujuk pakar bidang (ustaz/imam) secara langsung atau rujuk rujukan di laman sesawang atau di perpustakaan yang berhampiran.

 

Lain-lain16.01.2009
Mohon jasa baik tuan yang bijaksana semak penggunaan tanda petik dalam ayat ini. Betulkah begini?: Abu Darda menjawab, "Duhai anakku, engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imam, tetapi engkau belum menjalankannya secara benar. Semasa solat, adakah engkau merenungkan, 'Akulah yang berbaring di keranda itu, dan solat ini bagi mensolatkan aku?' Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri, 'Akulah yang mereka pisahkan daripada hartaku'?"Abu Darda menjawab, "Duhai anakku, engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imam, tetapi engkau belum menjalankannya secara benar. Semasa solat, adakah engkau merenungkan, 'Akulah yang berbaring di keranda itu, dan solat ini bagi mensolatkan aku?' Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri, 'Akulah yang mereka pisahkan daripada hartaku?'"Ejaan02.11.2011
Salam tuan, Yang mana satu yang betul? a) Menyempurna, merapat dan meluruskan saf-saf solat b) Menyempurnakan, merapatkan dan meluruskan saf-saf solat Terima kasih.Frasa kedua yang betul "...menyempurnakan, merapatkan dan meluruskan saf-saf solat...".Tatabahasa21.01.2014
Elemen kemampuan menunaikan solat. atau kriteria kemampuan menunaikan solatElemen bermaksud unsur, kriteria bermaksud ukuran atau pertimbangan. Antara dua perkataan ini, kriteria lebih sesuai digunakan.Lain-lain21.03.2018
Assalam & Selamat Pagi, Pihak kami ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu seperti di bawah: 1. Pejabat Kakitangan atau Pejabat Masjid (yang mana yang sesuai) 2. Ruang Solat Muslimat atau Ruang Solat Muslimah (yang mana yang sesuai) 3. Rak Kasut 4. Ruang Pemadam Api 5. Ruang Meletak Barangan Sumbangan (untuk barangan sumbangan kepada Masjid) 6. Bilik Pengurusan Jenazah 7. Bilik Kuliah 8. Bilik Stor 9.Tabung Masjid 10. Kebuk Sampah atau Bilik Pengumpulan Sampah (yang mana yang sesuai) 11. Parking Imam atau Ruang Letak Kereta Imam 12. Tiang Sembelihan atau Ruang Penyembelihan (untuk korban) 13. Pastikan Pintu Sentiasa Ditutup 14. Dilarang Membawa Selipar Tandas Melepasi Garisan Ini Sekian, terima kasihWaalaikumussalam.
Kami cadangkan:
1. Pejabat
2. Ruang Solat Muslimat
3. Rak Kasut
4. Ruang Pemadam Api
5. Ruang Barang Sumbangan
6. Bilik Pengurusan Jenazah
7. Bilik Kuliah
8. Stor
9.Tabung Masjid
10.Kebuk Sampah
11.Ruang Letak Kereta Imam
12.Ruang Penyembelihan
13.Pastikan Pintu Sentiasa Ditutup
14.Dilarang Membaca Selipar Tandar Melepasi Garisan Ini
Lain-lain15.08.2016
Salam sejahtera, adakah "solat zohor" dikira sebagai kata nama khas? Terima kasih.Frasa solat Zohor bukan kata nama khas.Tatabahasa25.08.2020
Saya ingin bertanya ejaan huruf kecil dan besar dan juga tatabahasa: 1) Telah masuknya Azan Subuh atau azan Subuh? 2) Gangguan Stres Pasca Trauma atau Gangguan stres pasca trauma telah kembali menyerang adiknya itu. 3) Dia menunaikan 'Solat Sunat Tahajud' atau 'solat sunat Tahajud'? 4) Dia pernah menyertai debat bahasa Arab atau 'Debat Bahasa Arab' sewaktu zaman sekolah dahulu. 5) Bila hendak digunakan perkataan 'kepada'? Setahu saya, 'pada' digunakan untuk tempat, masa, tarikh manakala 'kepada' digunakan untuk manusia sahaja. Contoh ayat: 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut kepada adiknya' atau penggunaan lebih tepat 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut pada adiknya'? Terima kasih.1) Frasa yang betul ialah ... telah masuk waktu subuh / ... telah berkumandang azan subuh.

2) Gangguan stres pascatrauma telah kembali menyerang adiknya itu.

3) Dia menunaikan solat sunat tahajud. 

4) Dia pernah menyertai pertandingan debat bahasa Arab sewaktu zaman persekolahan dahulu.

5) Kata sendi nama"pada" menunjukkan keterangan waktu atau tempat seperti "bermula pada hari ini", manakala kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad.
Tatabahasa08.12.2020
123

Kembali ke atas