Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
solat
Bersinonim dengan sembahyang, ibadah, doa, permohonan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Dia membatalkan hasratnya untuk menunaikan 'Solat Subuh' atau 'solat Subuh' di masjid. 2) Saya ingin bertanya makna 'triggered' bagi dua konteks ayat ini. "Abang ingatkan adik 'triggered' pasal Mak Long dera kita dulu" dan "Adik dah lama lupa tentang Mak Long melainkan tiba-tiba adik kena pukul balik. Tu mungkin boleh jadi PTSD adik 'triggered' semula.”
1.   Waktu solat merupakan kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat. Contohnya solat subuh, solat zuhur, solat asar, solat maghrib dan solat isyak. 

2. Mengikut Kamus  Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "trigger" membawa maksud "mencetuskan". Perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks dan situasi yang sesuai, salah satunya ialah "menjadi marah".
Tatabahasa08.12.2020
Saya ingin bertanya ejaan huruf kecil dan besar dan juga tatabahasa: 1) Telah masuknya Azan Subuh atau azan Subuh? 2) Gangguan Stres Pasca Trauma atau Gangguan stres pasca trauma telah kembali menyerang adiknya itu. 3) Dia menunaikan 'Solat Sunat Tahajud' atau 'solat sunat Tahajud'? 4) Dia pernah menyertai debat bahasa Arab atau 'Debat Bahasa Arab' sewaktu zaman sekolah dahulu. 5) Bila hendak digunakan perkataan 'kepada'? Setahu saya, 'pada' digunakan untuk tempat, masa, tarikh manakala 'kepada' digunakan untuk manusia sahaja. Contoh ayat: 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut kepada adiknya' atau penggunaan lebih tepat 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut pada adiknya'? Terima kasih.1) Frasa yang betul ialah ... telah masuk waktu subuh / ... telah berkumandang azan subuh.

2) Gangguan stres pascatrauma telah kembali menyerang adiknya itu.

3) Dia menunaikan solat sunat tahajud. 

4) Dia pernah menyertai pertandingan debat bahasa Arab sewaktu zaman persekolahan dahulu.

5) Kata sendi nama"pada" menunjukkan keterangan waktu atau tempat seperti "bermula pada hari ini", manakala kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad.
Tatabahasa08.12.2020
Mohon bantuan, adakah waktu-waktu solat seperti Subuh dan Zohor dikira sebagai Kata Nama Khas? Begitu juga dengan perkataan-perkataan yang terdapat daripada tafsir Al-quran iaitu:- Baitullah, Masjidil dan Rasulullah Adakah ianya kata nama khas? Sekian,bantuan dari pihak DBP amatlah dihargai.Terima kasih.Waktu solat merupakan kata nama am dah dieja dengan huruf pertama kecil. Baitullah dan Rasulullah merupakan kata nama khas dieja dengan huruf pertama huruf besar  manakala masjidil kata am kecuali jika merujuk kepada Masjidilharam iaitu, masjid Mekah maka dieja dengan huruf besar pada huruf pertama. Tatabahasa08.07.2014
Saya ingin mengetahui apakah ejaan untuk solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh perlu menggunakan huruf besar seperti nama khas atau huruf kecil. Sekian. Terima kasih.Perkataan subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa08.07.2013

Kembali ke atas