Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[som.bong] | سومبوڠ

Definisi : tinggi hati, angkuh, bongkak, cong­kak, pongah: hanya orang yg ~ dan bong­kak sahaja yg suka berkata begitu; hendak ~ berbini banyak, hendak megah berlawan lebih prb kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dlm kesukaran; menyombong berlaku sombong, membesar­besarkan diri: drpd gayanya yg ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dr kampung itu; menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan: ja­ngan suka ~ ijazahmu; ~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri; kesombongan perihal (sifat dsb) sombong, keangkuhan: cukuplah ~ dan keangkuhanmu pd hari ini; penyombong orang yg sombong (suka me­nyombong). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[som.bong] | سومبوڠ

Definisi : menghargai diri sendiri dgn berlebih-lebihan; tinggi hati; bong­kak: Jangan berkawan dgn orang yg ~. menyombong berkelakuan atau ber­laku sombong: Jangan hendak ~ kpd aku. menyombongkan me­nyombong ttg sesuatu; memegahkan: Janganlah engkau leka ~ kekayaanmu. ~ diri me­ninggi-ninggikan (memegahkan) diri. kesombongan sifat sombong; keangkuhan. penyombong orang yg sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dagangan datang dari Melaka,
     Timbang mari dacing tembaga;
Cakap sombong saya tak suka,
     Lantai nibung makan kepala.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Lonjak sebagai labu dibenam.

Bermaksud :

Sombong, angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
SombongLatifah OthmanPelita Bahasa1 February 1992
Sombong merendahkan martabatAbu Hassan Din Al HafizDewan Siswa1 June 1993
Yang sombong dan yang sumbangJunaidah Ahmad GhazaliPelita Bahasa1 December 2006
Yang Sombong Dan Yang BerperasangkaAusten, JaneWanita1 February 1977
Nasib rusa sombongRossilawati SulorDewan Pelajar1 June 1983
Orang Tua Yang SombongMohamed Faruk Raj MohamedDewan Pelajar1 December 1979
Mulut-Mulut Kecil Yang SombongMohd Darwis JasminDewan Sastera1 August 2007
Di Sana Kita Tak Sombong Lagi Tetapi Kesalkan Diri SendiriAhmad Sabree H. OAl Islam1 March 1987

Kembali ke atas