Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[song.sang] | سوڠسڠ

Definisi : 1. terbalik letaknya atau duduknya (yg di atas menjadi di bawah, yg di depan menjadi di belakang, dsb), terbalik keadaannya dsb (yg sepatutnya didahulukan dikemu­diankan dsb): kerbau bertanduk ~; berjalan ~ berjalan di atas tangan (kaki ke atas); letak ~ kaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir akan dilahirkan); 2. ki berlawanan drpd biasa (bkn ajaran, keper­cayaan, amalan, dsb): ajaran ~; spt aur ditarik ~ prb pekerjaan atau perkara yg sukar di­selesaikan kerana sudah salah jalan; menyongsang terbalik (letaknya, duduknya, dll); menyongsangkan menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya di­dahulukan dikemudiankan, dll), membalik­kan, menterbalikkan; tersongsang terbalik; songsangan sesuatu yg tersongsang, kebalik­an; kesongsangan keadaan yg terbalik drpd ke­biasaan: selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air; penyongsangan perihal (perbuatan dsb) me­nyongsangkan; penyongsang alat yg menyongsangkan arus terus kpd arus ulang-alik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.sang] | سوڠسڠ

Definisi : ; kembang ~ Id sj tumbuhan (herba), Gloriosa superba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.sang] | سوڠسڠ

Definisi : terbalik keadaannya (yg di atas terdapat di bawah, yg di depan terdapat di belakang dll). menyongsang dlm keadaan terbalik (bkn letak atau duduk sesuatu): tidur ~. menyongsangkan menjadikan atau meletakkan sesuatu menyongsang. songsangan sesuatu yg songsang letaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
songsang (adverba)
Bersinonim dengan terbalik, berlawanan, arah, bertentangan arah, terbalik;,
Kata Terbitan : tersongsang, songsangan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
SongsangMohd. Sanusi OmarSarina1 December 1979
SongsangDeanDewan Siswa1 January 1986
SongsangWan Marzuki Wan RamliJelita1 June 2005
Songsang 2Lee Keok ChihURTV15 August 2001
Hujah SongsangMohd Aizam Mas'odDewan Masyarakat1 April 2009
Nafsu Songsang PengkidAnimah Janang dan Suria JanibDewan Masyarakat1 February 2008
Impiana SongsangAzizi HashimDewan Sastera1 March 1997
Ayat songsang bahasa Malaysia: satu pengenalan ringkasIbrahim AhmadJurnal Dewan Bahasa1 January 1992
Ayat songsang dapat memperindah bahasaAwang SariyanDewan Siswa1 November 1984
Ratib Beringin SongsangSiti Jasmina IbrahimDewan Sastera1 January 2001
12

Kembali ke atas