Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[song.sang] | سوڠسڠ

Definisi : 1. terbalik letaknya atau duduknya (yg di atas menjadi di bawah, yg di depan menjadi di belakang, dsb), terbalik keadaannya dsb (yg sepatutnya didahulukan dikemu­diankan dsb): kerbau bertanduk ~; berjalan ~ berjalan di atas tangan (kaki ke atas); letak ~ kaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir akan dilahirkan); 2. ki berlawanan drpd biasa (bkn ajaran, keper­cayaan, amalan, dsb): ajaran ~; spt aur ditarik ~ prb pekerjaan atau perkara yg sukar di­selesaikan kerana sudah salah jalan; menyongsang terbalik (letaknya, duduknya, dll); menyongsangkan menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya di­dahulukan dikemudiankan, dll), membalik­kan, menterbalikkan; tersongsang terbalik; songsangan sesuatu yg tersongsang, kebalik­an; kesongsangan keadaan yg terbalik drpd ke­biasaan: selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air; penyongsangan perihal (perbuatan dsb) me­nyongsangkan; penyongsang alat yg menyongsangkan arus terus kpd arus ulang-alik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.sang] | سوڠسڠ

Definisi : ; kembang ~ Id sj tumbuhan (herba), Gloriosa superba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.sang] | سوڠسڠ

Definisi : terbalik keadaannya (yg di atas terdapat di bawah, yg di depan terdapat di belakang dll). menyongsang dlm keadaan terbalik (bkn letak atau duduk sesuatu): tidur ~. menyongsangkan menjadikan atau meletakkan sesuatu menyongsang. songsangan sesuatu yg songsang letaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
songsang (adverba)
Bersinonim dengan terbalik, berlawanan, arah, bertentangan arah, terbalik;,
Kata Terbitan : tersongsang, songsangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat susunan biasa: Murid murid beratur di luar kelas. Jika tukar kepada ayat songsang ialah: (1) Di luar kelas murid-murid beratur ATAU (2) Beratur di luar kelas murid-murid. Ayat songsang 1 atau ayat songsang 2 betul? Minta penjelasan berkaitan dengan ayat songsang, terima kasih.Tiga ayat songsang yang boleh dihasilkan daripada ayat ‘Murid-murid beratur di luar kelas’ adalah seperti yang berikut:
(1) Beratur di luar kelas murid-murid.  (pendepanan seluruh predikat)
(2) Beratur murid-murid di luar kelas.  (pendepanan frasa kerja)
(3) Di luar kelas murid-murid beratur.  (pendepanan frasa sendi nama sebagai predikat
Tatabahasa22.08.2017
Bagaimanakah cara untuk menukar ayat pasif ke ayat songsang?Ayat songsang ialah ayat yang mempunyai susunan predikat yang mendahului subjek. Contoh ayat pasif ialah "Bola ditendang oleh Ali." Oleh itu, susunan songsang bagi ayat tersebut ialah "Ditendang oleh Ali bola."Lain-lain11.02.2022
Pola yang betul untuk ayat songsangPola ayat songsang ialah predikat + subjek.Tatabahasa19.05.2011
Apakah fungsi ayat songsang dalam bahasa Melayu?Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh:

Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) 

Ayat songsang:

1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali.
2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu.
Tatabahasa15.06.2016
Saya hendak bertanya tentang ayat songsang. Contoh ayat di bawah: Ayat susunan biasa: Mereka menyertai lawatan ke ladang ternakan ayam. Ayat songsang: Menyertai lawatan ke ladang ternakan ayam mereka ATAU Ke ladang ternakan ayam mereka menyertai lawatan. Ayat songsang manakah betul? Atau kedua-dua ayat boleh diterima? Minta penjelasan, terima kasih.Ayat songsang yang tepat untuk ayat tersebut ialah Lawatan ke ladang ternakan ayam mereka sertai.Tatabahasa24.08.2017
Apakah subjek dan predikat bagi ayat songsang berikut : Membaca buku dia di perpustakaan. Adakah ayat songsang dikira sebagai ayat yang gramatis?Gramatis bermaksud mematuhi peraturan tatabahasa. Ayat songsang juga mematuhi hukum tatabahasa tetapi bentuk ayatnya sahaja tidak seperti ayat yang lazim digunakan.Tatabahasa18.10.2010
Tuan, saya hendak menanyakan ayat songsang. Adakah ayat-ayat di bawah ini ialah ayat pasif susunan songsang? 1. Elok dibezakan penggunaan "baharu" dan "baru". 2. Dalam laman web rasmi ini, mesti digunakan bahasa bahasa Melayu. Adakah ayat-ayat di atas berpunca daripada ayat pasif susunan biasa seperti dalam ayat (3) dan ayat (4) di bawah? 3. Penggunaan "baharu" dan "baru" elok dibezakan. 4. Dalam laman web rasmi ini, bahasa Melayu mesti digunakan. Saya selalu melihat penulis suka menggunakan ayat pasif susunan songsang yang mengandung kata kerja berawalan di- ini seperti dalam ayat-ayat contoh di atas. Bagaimanakah pula dengan ayat di bawah ini? Adakah ayat (5) di bawah ini ayat pasif susunan songsang? 5. Dipersilakan saudara Ali untuk membaca doa. Ayat (5) selalu digunakan dalam majlis perhimpunan rasmi di sekolah saya. Adakah ayat (5) di atas berpunca daripada ayat pasif susunan biasa seperti dalam ayat (6) di bawah ini? 6. Saudara Ali dipersilakan untuk membaca doa. Sekadar ingin tahu. Terima kasih tuan!

Ayat aktif terdiri daripada:  Frasa Nama + Frasa Nama

                                                 Frasa Nama  + Frasa Adjektif

                                                 Frasa Nama + Frasa Kerja

                                                 Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

 

Ayat pasif pula  ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.

 

Ayat songsang pula apabila keempat-empat bentuk ayat aktif di atas diterbalikkan, iaitu Frasa Nama, Frasa Adjektif, Frasa Kerja dan Frasa Sendi Nama yang berperanan sebagai pradikat atau keterangan ayat menjadi pemula ayat atau dikehadapankan sebelum objek.

 

Contoh:  Ayat aktif: Anjing itu mengejar kucing.

                 Ayat pasif:  Kucing itu dikejar anjing.

                Ayat pasif songsang: Dikejar anjing kucing itu                       

      

Contoh: Ayat aktif: Adik saya comel. 

                Ayat pasif : (Ayat ini tidak boleh menjadi ayat pasif kerana ayat pasif hanya bagi ayat yang  mengandungi kata kerja.)

                Ayat songsang: Comel adik saya.

 

Bagi ayat pertama dan kedua, memang betul ayat tersebut ialah ayat pasif susunan songsang daripada contoh ayat ketiga dan keempat. Begitu juga dengan ayat lima merupakan ayat pasif susunan songsang daripada ayat keenam.  Terima kasih.

Lain-lain25.11.2014
Adakah ayat songsang di bawah ini betul? Akan sampai di Tanjung Sepat bilakah Zaki? terima kasih.Ayat songsang ialah predikat mendahului subjek. Oleh hal yang demikian, benar ayat yang dinyatakan ialah ayat songsang.Tatabahasa17.03.2014
Soalan :Ibu melahirkan seorang anak kelmarin. Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul atau Salah] Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul atau Salah] Jika salah, tolong berikan penjelasan. Terima kasih.Ibu melahirkan seorang anak kelmarin.
Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul]
Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] - Penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] Penggunaan perkataan "terlahir" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Tatabahasa24.10.2015
Ayat songsang kepada ayat biasa, 1)Belum tentu pandai anak guru tentang bidang itu. Jwpan (a): Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu. Jwpan (b): Anak guru tentang bidang itu belum tentu pandai. Adakah jawapan (b) betul? 2) Sungguh menakjubkan pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Jwpan (a): Pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan. Jwpan (b): Pertunjukan yang diadakan sungguh menakjubkan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Adakah jawapan (b) betul? Terma kasih.Salam sejahtera,

Soalan 1

Jawapan yang betul:
(a) Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu.

Soalan 2

Jawapan yang betul
(a) Pertunjukan yang diadakan sempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.
Tatabahasa04.06.2017
12345678910...

Kembali ke atas