Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[song.sang] | سوڠسڠ

Definisi : 1. terbalik letaknya atau duduknya (yg di atas menjadi di bawah, yg di depan menjadi di belakang, dsb), terbalik keadaannya dsb (yg sepatutnya didahulukan dikemu­diankan dsb): kerbau bertanduk ~; berjalan ~ berjalan di atas tangan (kaki ke atas); letak ~ kaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir akan dilahirkan); 2. ki berlawanan drpd biasa (bkn ajaran, keper­cayaan, amalan, dsb): ajaran ~; spt aur ditarik ~ prb pekerjaan atau perkara yg sukar di­selesaikan kerana sudah salah jalan; menyongsang terbalik (letaknya, duduknya, dll); menyongsangkan menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya di­dahulukan dikemudiankan, dll), membalik­kan, menterbalikkan; tersongsang terbalik; songsangan sesuatu yg tersongsang, kebalik­an; kesongsangan keadaan yg terbalik drpd ke­biasaan: selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air; penyongsangan perihal (perbuatan dsb) me­nyongsangkan; penyongsang alat yg menyongsangkan arus terus kpd arus ulang-alik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.sang] | سوڠسڠ

Definisi : ; kembang ~ Id sj tumbuhan (herba), Gloriosa superba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.sang] | سوڠسڠ

Definisi : terbalik keadaannya (yg di atas terdapat di bawah, yg di depan terdapat di belakang dll). menyongsang dlm keadaan terbalik (bkn letak atau duduk sesuatu): tidur ~. menyongsangkan menjadikan atau meletakkan sesuatu menyongsang. songsangan sesuatu yg songsang letaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
songsang (adverba)
Bersinonim dengan terbalik, berlawanan, arah, bertentangan arah, terbalik;,
Kata Terbitan : tersongsang, songsangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
breech presentationkedudukan songsang (PEM.MAN), kelahiran songsangVeterinarTiadaTiada
reverse bevel incision flapflap insisi bevel songsangPerubatanTiadaFlap yang diperoleh dengan insisi bevel songsang di pinggir gingiva. Sinonim: flap insisi bevel songsang.
reversible processproses berbalikKejuruteraanTiadaKitar proses yang peringkat-peringkat kendaliannya boleh dikendalikan secara songsang menghasilkan kesan yang songsang.
reversible processproses berbalikKejuruteraanTiadaKitar proses yang peringkat-peringkat kendaliannya boleh dikendalikan secara songsang menghasilkan kesan yang songsang.
inverted sugargula songsangKimiaTiadaCampuran yang terdiri daripada 50% fruktosa dan 50% glukosa yang diperoleh daripada hidrolisis sukrosa dengan asid. Dengan kehadiran fruktosa, gula songsang berbentuk levoputaran di dalam larutan dan lebih manis daripada sukrosa. Kebanyakan buah-buahan mengandungi gula songsang, manakala madu mengandungi lebih 70% gula ini.
retrograde vapourizationpengewapan songsangKejuruteraanTiadaFenomena songsang apabila cecair menjadi gas akibat peningkatan tekanan.
retrograde condensationpemeluwapan songsangKejuruteraanTiadaFenomena songsang apabila gas berubah menjadi cecair akibat penurunan tekanan.
retro firenyalaan songsangAeroangkasaTiadaNyalaan roket songsang.
inverse square lawhukum kuasadua songsangMekanikGunaan1. Sebarang hukum yang menyatakan bahawa kesan sumber A pada titik B berubah secara songsang dengan kuasa dua bagi jarak di antara A dengan B. 2. (bagi gerakan daya berpusat) Hukum yang memberikan hubungan di antara daya graviti dengan jarak di antara dua jaad yang bersling tindak. Hukum kuasa dua songsang untuk gerakan daya berpudat ini dinamai hukum tarikan graviti.
inverted skillskemahiran songsangSukanTiadaPergerakan dan posisi badan songsang.
12345678910...

Kembali ke atas