Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.pan] | سوڤن

Definisi : 1. hormat (segan, takzim) dgn tatatertib: jangan kurang ~ di hadapannya; 2. baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab: suaranya lembut dan ~; kau memang kasar dan tidak ~; 3. baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur): perempuan hendak­lah sepanjang masa ~ dr segenap segi; 4. sl berasa segan (takut, gentar, ngeri) akan: tiada hamba peduli dan ~ akan raksasa itu; bukanlah Raja itu besar namanya dan se­gala seteru pun tiada ~ akan dia; bersopan berbudi bahasa, beradab: orang kampung memang ~ kpd orang luar; menyopani 1. berlaku sopan terhadap, menghormati; 2. = mengesopani sl berasa takut (gentar, segan) akan: tiada siapa yg dikesopaninya dan dibilangkannya hanya Belia Raja; menyopankan mendidik (mengajar, me­ngasuh, dll) supaya menjadi sopan, meng­adabkan; kesopanan 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban; ketaksopanan keadaan tidak sopan: nilai­-nilai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.pan] | سوڤن

Definisi : 1 baik budi bahasanya; baik perangai dan tingkah lakunya; beradab: Jika ada tetamu datang, kamu hendaklah sentiasa ~. 2 hormat dan takzim: Tetamu itu disambutnya dgn ramah-tamah lagi ~. bersopan berlaku sopan: Kita hendaklah sentiasa ~. menyopankan menjadikan sopan: Mereka berusaha ~ remaja bermasalah itu. kesopanan keadaan atau hal sopan; tutur kata (tingkah laku dll) yg sopan: Perbuatan mereka sudah melanggar ~ timur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anjunglah Siam patah kemudi,
     Ambil paku lantak di papan;
Diamlah diam tidak berbunyi,
     Lupalah malu bertepuk sopan.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jempan[dZ«m.pAn]kata adjektifberkenaan kelakuan yang sopan atau tertib.Ce jempan siket dudok dalam masjed.[tS« dZ«m.pAn si.ket du.do/ dA.lAm mAs.dZed]Cuba sopan sedikit apabila berada di dalam masjid.
kanyo[kA.ø]kata adjektif1. berkenaan sikap seseorang yang kurang sopan.Majeleh tok mulo lagi die makan doh, kanyo beto budok tu.[mA.dZ«.leh t/ mu.l lA.gi di.j« mA.kAn dh kA.ø b«.t bu.do/ tu]Majlis belum bermula dia sudah makan, kurang sopan sungguh budak itu.
serome[s«.č.m«]kata adjektifberkenaan tingkah laku yang sopan.Ce serome siket perange tu, awok tu anok dare.[tS« s«.č.m« si.ket p«.ÄA.NE tu A.w tu A.n dA.Ä«]Cuba seroma sikit perangai tu, awak itu anak dara.
bangket[bAN.ket]kata namakata yang ditujukan kepada seseorang kerana tingkah laku yang kurang sopan. Penggunaan kata ini disamakan dengan perlakuan haiwan.Jangan makan menerap, nanti bangkit dek orang macam bewak.[dZA.NAn mA.kAn m«.nE.ÄAp nAn.ti bAN.ket de/ .ÄAN mA.tSAm bE.wA/]Jangan makan meniarap, nanti dikata orang macam biawak.
seboi[s«.bj]kata adjektifberkenaan mulut yang penuh dengan makanan sehingga tidak boleh bercakap, mengunyah dan menelan; sebam.Tok elok cakap mulot tengah seboi.[to/ E.lo/ tSA.kAp mu.lot t«.NAh s«.bj]Kurang sopan bercakap ketika mulut penuh dengan makanan.

Kembali ke atas