Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.ra/] | سورق

Definisi : = ~-sorai bunyi teriak dan pekik orang ramai (kerana gembira, mengejek, dll): gemuruh bunyi tempik ~ segala hulubalang; di sekeliling terdengar bunyi petasan ber­letusan disela oleh ~ kawan-kawanku kerana kegirangan; biarlah alah sabung, menang ~ prb biarlah harta habis asal hati puas; dulu ~ kemudian tohok prb menggembar-gemburkan sesuatu pekerjaan yg belum pasti (terjadi, terbukti); bersorak = ~-sorai berteriak-teriak (kerana bersuka-suka, bergembira, dll): semuanya ~ ria; ramai orang yg ~ dgn gegak-gempita; menyoraki bersorak kpd (utk memberang­sang, mengejek, dll), bersorak-sorak akan: dr kanan dan kiri, teman-temannya ~ keburukan emaknya; menyorakkan meneriakkan atau menye­rukan dgn suara yg nyaring (kerana kesukaan, mengejek, dll): orang ramai ~ setuju; sorakan teriakan yg nyaring, sorak: ~ me­reka masih berlanjut-lanjut; penyorak orang yg menyoraki (dlm sesuatu pertandingan, permainan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.ra/] | سورق

Definisi : Kl laci meja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.ra/] | سورق

Definisi : , = ~-sorai bunyi teriak dan pekik orang ramai kerana gembira dll: Kedua-dua pihak itu pun berperanglah dgn riuh-rendahnya dan gegak gempita dgn tempik ~. bersorak berteriak ke­rana gembira dll; berteriak dgn suara yg kuat: Sekalian penonton ~ apabila kedua-dua pasukan itu turun ke padang. menyorakkan meneriakkan atau me­nye­rukan sesuatu dgn kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sorak
Rujuk :teriak, meneriakkan,

Peribahasa

Biar alah sabung,
     asalkan menang sorak.

Bermaksud :

Biar harta habis, asalkan hati puas. (Bandingkan dengan: Alah sabung, menang sorak).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sorak RayaAli BakhtiarBAHANA1 October 2008
Sorak OmbakAbd. Ghafar BahariDewan Sastera1 November 1991
menang sorak kampung tergadaiMansor PutehDewan Budaya1 April 2009
Alah sabung menang sorakTiadaPelita Bahasa1 November 1994
Ibarat Pak Kaduk menang sorak, kampung tergadaiSM AmanDewan Bahasa1 April 2007
Hari Sastera bukan lagi pesta sorak-soraiWahbaMastika1 December 1987
Perihal hubungan Malaysia-Singapura...jangan jadi sorak berderai-derai,tangan bau tahiSutung Umar RSDewan Masyarakat1 April 1997

Kembali ke atas