Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.rong] | سوروڠ

Definisi : 1. = sorongan gerakan (bergeser) ke hadapan; kotak ~ (sorong-sorong, sorongan) laci meja; 2. tolak (ke hadapan), dorong: maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dgn dayung, melais; air ~ buih air pasang turun; angin ~ buritan angin yg bertiup dr belakang perahu; kereta ~ kereta yg beroda dan ditolak dr belakang; 3. rasuah, sogok; kena ~ menerima rasuah; tahan jerat ~ kepala prb hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; menyorong, menyorongkan 1. menolak (menolakkan) ke hadapan, mendorong: ter­dengar kerusi disorong tarik; maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung me­nolak air dgn dayung, melais; 2. memberikan, mengunjukkan, menghulurkan: Wan Derus mengajak gurunya duduk sambil ~ tepak sirih; ~ tangan menghulurkan; 3. memberi rasuah, menyogok: segala saudagar itu ~, ada yg seratus, ada yg dua ratus; 4. meng­ajak, mempelawa, menganjurkan: ~ damai; 5. memberikan dgn paksa, memaksa-maksa­kan, menyodorkan; 6. bk menyetubuhi; 7. mulai (pasang atau surut): air telah mulai ~ pasang; tersorong 1. dapat disorong, terdorong, ter­tolak: maka disuruh baginda sorong, empat lima puluh orang tiada ~; 2. Mn terlanjur atau terlepas (kata dll); bajak sudah ~ ke bencah prb sudah tidak dapat ditarik kembali; tersorong-sorong tersua-sua, terdorong­-dorong, tersodor-sodor (diri dll); hidung tak mancung pipi ~ prb a) suka ikut campur dlm urusan orang lain; b) suka menonjol-nonjol­kan diri; sorongan 1. dorongan, tolakan: di satu se­lekoh, ia terpaksa melambatkan ~ basikal­nya; 2. yg disorong (disorongkan); 3. pem­berian, hadiah: pengemis itu menyambut ~ itu dgn penuh syukur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.rong] | سوروڠ

Definisi : ; menyorong 1 menolak dr belakang; mendorong: Ada yg menarik, ada yg ~, dan akhirnya dpt juga mereka menggeserkan batu yg besar itu ke tepi jalan. 2 memberi rasuah; menyogok: Perbuatan ~ pegawai-pegawai kerajaan hendaklah dihentikan. 3 tumbuh kembali atau bertambah panjang (bkn kuku, tunas pokok dsb). menyorongkan 1 menolak sesuatu dr belakang; men­dorongkan: Dia ~ begnya ke bawah katil. 2 memberikan sesuatu kpd; menghulurkan; mengunjukkan: Dia ~ sekotak rokok kpd kawannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sorong
Kata Terbitan : menyorong, menyorongkan, tersorong, tersorong-sorong, sorongan,

Puisi
 

Sorong dayung ditarik dayung,
     Tariklah papan sama rata;
Tuanlah pulang berkembang payung,
     Kami yang tinggal jahat rasanya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hidung tak mancung,
     pipi tersorong-sorong.

Bermaksud :

Suka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
A.Yang mana betul? 1. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi sampah sarap. 2. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi oleh sampah sarap. 3. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi dengan sampah sarap. B. Terangkan penggunaan tanda sempang untuk kata ganda berentak yang menimbulkan kekeliruan. Contoh sampah sarap atau sampah-sarap pinggan mangkuk atau pinggan-mangkuk Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Sampah sarap ialah kata majmuk yang bermaksud pelbagai jenis sampah dan bukannya kata ganda.
Tatabahasa29.03.2013
Puan Lim menyorong bayinya yang berada di dalam kereta sorong bayi. atau Puan Lim menyorong kereta sorong bayi yang dinaiki oleh bayinya. Adakah kedua-dua ayat ini betul ? Maksud saya menyorong bayi atau menyorong kereta bayi?? Tq.Ayat yang lebih gramatis ialah Puan Lim menyorong kereta sorong bayi yang membawa bayinya.Tatabahasa21.07.2014
frasa nama yang betul untuk kereta yang membawa bayi: kereta bayi / kereta sorong / kereta tolak/ atau ......Kereta sorong bayiMakna21.03.2011
Salam sejahtera, Pak Atan menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput /rumput-rumput yang telah disabit oleh Pak Cik Ong. (Selepas penuh, guna rumput atau rumput-rumput?)Pak Atan menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput yang dipotong oleh Pak Cik Ong.Tatabahasa22.07.2020
(menolak /menyorong) kereta sorong. Apakah kata kerja yang betul dalam soalan ini ? Boleh berikan penjelasan. Terima kasih.

Saudara,

Kedua-dua kata kerja tersebut boleh dan sesuai digunakan kerana membawa makna yang sama.

Tatabahasa02.12.2010
Salam sejahtera, 1. Pak Salim menyiram sayur supaya tumbuh segar.(dalam gambar tunggal menunjukkan banyak sayur yang sama jenis, jadi guna sayur atau sayur-sayur ?). 2. Seorang pekerja menyabit rumput yang panjang dengan menggunakan sabit.(dalam gambar tunggal menunjukkan banyak rumput,jadi guna perkataan rumput atau rumput-rumput?) 3. Jin An menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput-rumput yang disabit.(dalam ayat sudah ada perkataan penuh, jadi guna rumput atau rumput-rumput?)(belakang perkataan disabit perlu ditambah dengan subjek? atau memadai dengan disabit. Sekian, terima kasih.

1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud sayur-sayuran ialah sayuran bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur, maka yang betul ialah sayur-sayuran untuk menunjukkan bermacam-macam sayur.

2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud rumput ialah  tumbuh-tumbuhan yang kecil, maka perkataan rumput sudah memadai untuk menunjukkan banyak.

3. Ayat yang betul ialah Jin An menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput yang disabitnya

Tatabahasa21.02.2020
Bantuan untuk penterjemahan bahasa inggeris ke bahasa malaysia untuk papan tanda. 1)supermarket loading dock 2)dockmaster office 3)department store loading dock 4)stroller & wheel chair service store room 5)fresh air intake roomPadanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. supermarket loading dock - dok punggah pasar raya

2. dockmaster office - pejabat ketua dok

3. department store loading dock - dok punggah gedung serbaneka

4. stroller & wheel chair service store room - bilik stor khidmat kerusi roda dan kereta sorong

5. fresh air intake room
- bilik ambilan udara segar
Istilah20.05.2013
Adakah perkataan "kart beli-belah" boleh digunakan bagi terjemahan perkataan bahasa Inggeris "shopping cart"? Ini kerana istilah sasar untuk perkataan "cart" ialah "kart". Terima kasih.Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, istilah cart ditakrifkan seperti yang berikut selain kart (dalam bidang umum).   
  • n 1. vehicle pulled by a horse, cattle, etc, pedati; 2. small usu wooden vehicle pushed or pulled along by hand, kereta sorong;

    vt 1. convey in a cart, /membawa, mengangkut/ [sst] dgn pedati: to ~ the firewood home, membawa pulang kayu api ke rumah dgn pedati; 2. convey laboriously from place to place, mengangkut: I m tired of ~ing these books, saya bosan mengangkut buku-buku ini;

  • ~ /so., st/ off

    mengangkut: to ~ off the rubbish, mengangkut sampah-sarap; to ~ off the prisoners to jail, mengangkut orang-orang tahanan ke penjara.
Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah istilah ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini.
Istilah14.12.2010
Merujuk kepada soalan saya sebelum ini, istilah "kart beli-belah" yang dimaksudkan adalah untuk kegunaan tapak web e-dagang. Saya tidak pasti sama ada ia boleh digunakan bagi terjemahan istilah Inggeris "shopping cart". Saya memilih untuk menggunakan perkataan "kart" kerana ia sangat sinonim dengan e-dagang berbanding perkataan alternatif iaitu "troli" dan "beg". Kegunaan lain adalah seperti berikut: kart beli-belah anda kosong (your shopping cart is empty), lihat kart (view cart). Harap dapat membantu. Terima kasih.

Encik Azmin,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "cart" dalam bahasa Inggeris mengikut rujukan yang ada ialah kereta sorong; kereta roda; kereta tolak dan juga kart. Oleh yang demikian padanan bahasa Melayunya bolehlah dipilih daripada beberapa padanan yang ada mengikut kesesuaian dan konteks penggunaan.  

Istilah21.12.2010

Kembali ke atas