Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.rong] | سوروڠ

Definisi : 1. = sorongan gerakan (bergeser) ke hadapan; kotak ~ (sorong-sorong, sorongan) laci meja; 2. tolak (ke hadapan), dorong: maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dgn dayung, melais; air ~ buih air pasang turun; angin ~ buritan angin yg bertiup dr belakang perahu; kereta ~ kereta yg beroda dan ditolak dr belakang; 3. rasuah, sogok; kena ~ menerima rasuah; tahan jerat ~ kepala prb hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; menyorong, menyorongkan 1. menolak (menolakkan) ke hadapan, mendorong: ter­dengar kerusi disorong tarik; maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung me­nolak air dgn dayung, melais; 2. memberikan, mengunjukkan, menghulurkan: Wan Derus mengajak gurunya duduk sambil ~ tepak sirih; ~ tangan menghulurkan; 3. memberi rasuah, menyogok: segala saudagar itu ~, ada yg seratus, ada yg dua ratus; 4. meng­ajak, mempelawa, menganjurkan: ~ damai; 5. memberikan dgn paksa, memaksa-maksa­kan, menyodorkan; 6. bk menyetubuhi; 7. mulai (pasang atau surut): air telah mulai ~ pasang; tersorong 1. dapat disorong, terdorong, ter­tolak: maka disuruh baginda sorong, empat lima puluh orang tiada ~; 2. Mn terlanjur atau terlepas (kata dll); bajak sudah ~ ke bencah prb sudah tidak dapat ditarik kembali; tersorong-sorong tersua-sua, terdorong­-dorong, tersodor-sodor (diri dll); hidung tak mancung pipi ~ prb a) suka ikut campur dlm urusan orang lain; b) suka menonjol-nonjol­kan diri; sorongan 1. dorongan, tolakan: di satu se­lekoh, ia terpaksa melambatkan ~ basikal­nya; 2. yg disorong (disorongkan); 3. pem­berian, hadiah: pengemis itu menyambut ~ itu dgn penuh syukur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.rong] | سوروڠ

Definisi : ; menyorong 1 menolak dr belakang; mendorong: Ada yg menarik, ada yg ~, dan akhirnya dpt juga mereka menggeserkan batu yg besar itu ke tepi jalan. 2 memberi rasuah; menyogok: Perbuatan ~ pegawai-pegawai kerajaan hendaklah dihentikan. 3 tumbuh kembali atau bertambah panjang (bkn kuku, tunas pokok dsb). menyorongkan 1 menolak sesuatu dr belakang; men­dorongkan: Dia ~ begnya ke bawah katil. 2 memberikan sesuatu kpd; menghulurkan; mengunjukkan: Dia ~ sekotak rokok kpd kawannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sorong
Kata Terbitan : menyorong, menyorongkan, tersorong, tersorong-sorong, sorongan,

Puisi
 

Sorong dayung ditarik dayung,
     Tariklah papan sama rata;
Tuanlah pulang berkembang payung,
     Kami yang tinggal jahat rasanya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hidung tak mancung,
     pipi tersorong-sorong.

Bermaksud :

Suka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
roundtripsorong-tarikKejuruteraanTiadaTiada
wheelbarrowkereta sorongPertanianTiadaTiada
barrowkereta sorongPertanianTiadaTiada
wheelbarrowkereta sorongKesenianTiadaTiada
forward shufflesorong majuSukanTiadaPergerakan ke hadapan dengan mendahulukan kaki hadapan. Sinonim : quick advance
calipherjangka sorongArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang terbentuk seperti huruf F yang mempunyai bacaan angka atau digital. Bahagian yang paling atas kekal manakala bahagian bawahnya boleh dilaras untuk mendapatkan ketebalan bacaan artifak. Contohnya, pada tembikar tanah, jika permukaan tidak rata ukuran secara berasingan akan diambil pada setiap bahagian seperti pada bahagian bibir, leher dan badan manakala bagi tembikar yang tidak sama ketebalannya pula, bacaan akan diambil pada bahagian yang paling tebal dan bahagian yang paling nipis. Anggaran ketebalan keseluruhan tembikar diambil berdasarkan selisih bacaan antara bahagian yang tebal dengan bahagian yang nipis. Alat ini juga digunakan untuk mengukur ketebalan pada alat batu atau kranium.
empty wheelbarrowskereta sorong kosongPendidikanTiadaTiada
bag scooppukat sorong/pukat tanggukPerikananTiadaTiada
sash windowtingkap sorongKejuruteraanTiadaTiada
running casingselongsong sorongKejuruteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas