Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sial] | سوسيال

Definisi : 1. segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan: ke­dudukan ekonomi dan ~nya pd masa ini belum begitu kuat; 2. berkaitan dgn persa­habatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang: kelab ~; aktiviti ~; 3. suka bergaul dan ber­mesra: gadis yg ~; 4. bkn hal-hal kemasya­rakatan: pemimpin yg ~; perjumpaan ~ ke­ramaian; ~ demokrasi faham atau ajaran yg bertujuan membangunkan masyarakat secara damai utk mencapai masyarakat sosialis; ~ demokrat penganut atau penganjur faham sosial demo­krasi; bersosial bercampur gaul (biasanya di­maksudkan antara lelaki dgn perempuan): pemuda pemudi yg pandai ~ dan menye­suaikan diri dgn kehendak-kehendak zaman; kesosialan perihal sosial: kerana perasaan ~nya, beliau selalu disukai orang dlm per­gaulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.sial] | سوسيال

Definisi : 1 segala hal yg berkaitan dgn masyarakat; kemasyarakatan. 2 suka me­ngambil berat ttg hal-hal masyarakat; suka bercampur dgn masyarakat: Dia sangat popular serta ~ pula. bersosial bergaul atau bercampur dgn ma­syarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sosial (kata nama)
Bersinonim dengan kemasyarakatan;
Kata Terbitan : bersosial,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sosial masyarakat di cerpen2 MelayuA. M. ThaniBerita Minggu29.10.1978
Sosial dalam pertumbuhan penulis-penulis MelayuAli AhmadMingguan Malaysia18.05.1975
Kontrak sosial atau fantasi politikA. Aziz DeramanSinar Harian22.05.2008
Kontrak sosial paksi kuasa MelayuJohan AfandiBerita Harian05.05.2008
Ingatan sosial dalam politikAzman IsmailUtusan Malaysia13.03.2008
Komentar sosial dalam karya Juhari SaidNazmi YaakubBerita Harian13.01.2007
Dasar Sosial Negara perlu keazaman politikShaiful Bahri SaidinBerita Harian14.10.2006
Kerjasama sosial dalam budaya MelayuMana SikanaBacaria26.04.1984
Kesedaran sosial, politik bezakan Tongkat WarrantTiadaBerita Harian12.08.1983
Masalah sosial harga kemajuan negaraAbdul Samad IsmailBerita Harian15.10.1994
12345678910...

Kembali ke atas