Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sio] | سوسيو

Definisi : awalan asing berkaitan dgn faktor sosial (kemasyarakatan), mis sosioekonomi dan sosiopolitik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.sio] | سوسيو

Definisi : awalan yg berkaitan dgn faktor sosial atau kemasyarakatan, mis so­sioekonomi dan sosiopolitik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosio-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ejaan yang betul bagi penggunaan SOSIO. Adakah SOSIO-BUDAYA, SOSIO BUDAYA atau SOSIOBUDAYA?Menurut data kami, ejaan yang betul ialah sosiobudaya.Ejaan26.02.2018
Yang manakah ejaan tepat? Sosiopsikologi / Sosio-psikologi / Sosio PsikologiEjaan yang betul ialah sosiopsikologi, setakat ini perkataan sosiopsikologi hanya tercatat dalam huraian data kami sahaja.Lain-lain13.04.2022
1. Ulang cetak atau ulang cetakan 2. halatuju atau hala tuju? 3. perkataan sisio di awal perkataan lain perlu digabung atau disempang atau diasingkan? Wassalam. Terima kasih.1. ulang cetak
2. hala tuju
3. Perkataan sisio tiada dalam data kami tetapi terdapat perkataan sosio. Sosio merupakan awalan  berkaitan dengan faktor sosial (kemasyarakatan), contohnya, sosioekonomi dan sosiopolitik yakni dieja satu perkataan.
Tatabahasa24.06.2013
sosio-ekonomi atau sosioekonomisosioekonomiEjaan22.07.2013
sosio demografi perlu dekat atau dijarakkan ?Dieja sebagai satu perkataan, sosiodemografi. Ejaan26.11.2010
bagaimana mengeja, perlu jarak atau dekatkan 1)sosio ekonomi atau sosio-ekonomi 2) kemas kini atau kemaskiniEjaan yang betul ialah sosioekonomi.Ejaan21.05.2010
Ejaan yang betul bagi perkataan dibawah: sosioekomoni atau sosio ekonomi atau sosio-ekonomiEjaan yang betul ialah sosioekonomi.Ejaan06.11.2012
Perkataan sosio emosi, adakah ia ditulis satu perkataan (sosioemosi) ataupun dua perkataan (sosio emosi)?Sosio ialah awalan asing yang mesti dieja rapat dengan perkataan yang dikaitkan dengannya seperti sosioekonomi dan sosiopolitik. Ejaan yang betul ialah sosioemosi.Ejaan22.10.2013
yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kaliEjaan yang betul ialah:
1. asal usul 
2. sosioekonomi 
3. temu ramah, menemu ramah 
4. temu bual
5. barangkali
Ejaan04.08.2014
Adakah perkataan “sosio-psikologi” yang dicatatkan dalam Kamus Dewan?Ejaan yang betul ialah sosiopsikologi, setakat ini perkataan sosiopsikologi hanya tercatat dalam huraian data kami sahaja.Ejaan15.07.2021
12

Kembali ke atas