Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sio.bu.da.ya] | سوسيوبودايا

Definisi : hubungan masyarakat dgn budaya (spt cara hidup, adat istiadat, dll): Malaysia mengalami perkembangan pesat dlm ~, ekonomi, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosiobudaya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum... Perkataan "sosiobudaya" juga dieja rapat atau dijarakkan seperti ini "sosio-budaya"? Terima kasih.sosiobudaya (rapatkan)Ejaan01.10.2015
Apakah ejaan yang betul bagi penggunaan SOSIO. Adakah SOSIO-BUDAYA, SOSIO BUDAYA atau SOSIOBUDAYA?Menurut data kami, ejaan yang betul ialah sosiobudaya.Ejaan26.02.2018
Soalan yang pertama ingin diajukan adalah tentang Definisi sosiobudaya masyarakat melayu, cina, india dan lain-lain Soalan yang kedua adalah Definisi permainan dari segi permainan pada masa lapang, permainan sebagai hiburan serta kepentingan permainan
 

 

Berdasarkan kamus Dewan Edisi Keempat, sosiobudaya boleh ditakrifkan sebagai  hubungan masyarakat dgn budaya (spt cara hidup, adat istiadat, dll): Contoh ayat: Malaysia mengalami perkembangan pesat dlm ~, ekonomi, dsb. Permainan pula ditakrifkan sebagai  1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan bermain. Saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mengunjungi mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk membuat kajian kerana pertanyaan saudara memerlukan penyelidikan yang terperinci.

 
Lain-lain22.02.2009
saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah untuk negeri Johor sahaja. saya sedang membuat kajian mengenai salasilah keluarga di Johor dan saya perlu tau nama panggilan tersebut. terima kasih.Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Untuk melengkapkan kajian puan sila rujuk buku yang berkaitan dengan sosiobudaya.Lain-lain12.11.2012
2 soalan : 1) kesan pertembungan bahasa 2) elemen struktur sastera kanak-kanak dan remaja

. Jawapan kepada pertanyaan puan memerlukan kajian dan penyelidikan kepustakaan. Kami cadangkan puan membuat rujukan di perpustakaan  atau di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.  Antara bahan yang boleh dijadikan rujukan ialah  makalah yang diterbitkan di dalam majalah Pelita Bahasa dan Dewan Bahasa bertajuk 'Gangguan Bahasa dan Model Bahasa oleh Abdul Aziz Abdul Talib dan 'Bahasa Melayu di Malaysia: Satu Tinjauan tentang Perkembangan dan Masalahnya' oleh Awang Sariyan. Walau bagaimanapun, kami memberikan  penerangan awal mengenai pertembungan bahasa, iaitu  merupakan  keadaan sosiobudaya yang memungkinkan sesuatu bahasa mempengaruhi bahasa lain.  Pertembungan bahasa terjadi di seluruh dunia, apa lagi di Nusantara yang kaya dengan pelbagai bahasa dan pelbagai kemungkinan.  Pertembungan dua bahasa di sesuatu daerah akan menghasilkan beberapa gejala sosiolinguistik.

2. Jawapan kepada pertanyaan puan memerlukan kajian dan penyelidikan kepustakaan. Kami cadangkan puan membuat rujukan di perpustakaan  atau di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.  

Lain-lain06.04.2014

Kembali ke atas