Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sio.bu.da.ya] | سوسيوبودايا

Definisi : hubungan masyarakat dgn budaya (spt cara hidup, adat istiadat, dll): Malaysia mengalami perkembangan pesat dlm ~, ekonomi, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosiobudaya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
socioculturalsosiobudayaKependudukanTiadaTiada
sociocultural dualismdualisme sosiobudayaEkonomiTiadaTiada
sociocultural condition of economic developmentsyarat sosiobudaya dalam pembangunan ekonomiEkonomiTiadaTiada
isopletisopletSosiolinguistikTiadaGaris tanda had ciri linguistik dilihat berkaitan dengan ciri sosiobudaya yang releven.
folk landscapelandskap rakyatPelanconganTiadaPemandangan alam sekitar dan seni bina yang melambangkan sosiobudaya masyarakat setempat.
communication gapjurang komunikasiKomunikasiTiadaHalangan yang wujud dalam proses komunikasi. Halangan ini terbentuk kerana perbezaan latar belakang sosiobudaya, ekonomi dan politik yang menyebabkan timbulnya jurang kefahaman terhadap sesuatu mesej.
wau gubahwau gubahKesenianTiadaWau yang direka mengikut daya cipta pembuatnya sendiri lazimnya berunsur tumbuhan, haiwan, peralatan sosiobudaya, ciptaan sains dan teknologi dan alam khayalan.
community developmentpembangunan komunitiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan dengan penglibatan penduduk bagi meningkatkan ekonomi, sosiobudaya, dan persekitaran.
social marketingpemasaran sosialKomunikasiKorporatProgram komunikasi pemasaran yang dilaksanakan oleh organisasi untuk mewujudkan dan mengekalkan sikap dan perlakuan positif terhadap isu sosial, seperti pengekalan nilai sosiobudaya yang murni, pemeliharaan sumber asli, dan perlindungan alam sekitar. Program ini juga merupakan salah satu kaedah perhubungan awam yang boleh membantu mengekalkan dan mengukuhkan citra organisasi. Aktiviti penyebaran maklumat dilakukan menggunakan pendekatan pemasaran, iaitu maklumat dan objektif dilihat sebagai suatu barangan yang perlu dipasarkan. Hasil pemasaran barangan diukur sebagai keuntungan kepada organisasi. Pemasaran sosial juga merupakan salah satu kaedah dalam menjayakan pelaksanaan aktiviti pengiklanan korporat dan tanggungjawab sosial korporat organisasi.
primary demand/ generic demandpermintaan asasKomunikasiKorporatJenis permintaan terhadap barangan berasaskan kelompok dan bukannya jenama. Jenis permintaan terhadap kelompok barangan boleh berubah disebabkan oleh pengaruh ekonomi, politik, teknologi, dan persekitaran sosiobudaya. Kelompok barangan boleh terbentuk berasaskan ciri pengeluaran barangan. Contohnya, barangan yang berasaskan sistem mekanikal berbanding barangan yang berasaskan ciri elektronik (digital atau analog), barangan berasaskan organik berbanding barangan berasaskan bahan kimia, dan barangan berasaskan seramik berbanding barangan plastik. Penjenisan permintaan bagi kelompok barangan dilakukan untuk menentukan andaian arah aliran pasaran semasa dan akan datang. Perubahan permintaan keseluruhan biasanya berlaku disebabkan oleh kemajuan teknologi. Contohnya, pada tiga suku terakhir abad ke-20, permintaan terhadap barangan berasaskan sistem digital meningkat berbanding barangan berasaskan mekanikal. Permintaan asas dikenali juga sebagai permintaan generik.
12

Kembali ke atas