Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sio.ling.guis.tik] | سوسيوليڠݢوءيستيک

Definisi : kajian bahasa dlm hubung­annya dgn struktur dan sikap masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosiolinguistik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BIDANG KAJIAN SOSIOLINGUISTIKMohon rujuk bahan ini : 1. Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu lama Noriah Mohamed Tiada maklumat 1999 . 2. Sosiolinguistik : suatu pengenalan Trudgill, Peter Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1984. 3. Beberapa topik asas sosiolinguistik Noriah Mohamed Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2003 4. Sosiolinguistik Sumarsono Pustaka Pelajar 2002Lain-lain13.09.2007
Bolehkah memberikan kepada saya teori-teori sosiolinguistik secara terperinci dan buku-buku yang harus saya rujuk tentang sosiolinguistik?Sila rujuk bahan ini : 1. Beberapa topik asas sosiolinguistik Noriah Mohamed Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2003. 2. Sejarah sosiolinguistik bahasa Melayu lama Noriah Mohamed Penerbit Universiti Sains Malaysia 1999 3. Sosiolinguistik : suatu pengenalan Trudgill, Peter Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1984Lain-lain01.08.2007
terangkan dengan terperinci tentang sosiolinguistikMenurut Kamus Dewan, sosiolinguistik ialah kajian bahasa dlm hubungannya dgn struktur dan sikap masyarakat. Namun demikian, bagi membantu saudara mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan sosiolonguistik, saudara boleh mengunjungi laman web DBP di www.dbp.gov.my dan pada perkhidmatan menu utama, saudara boleh klik pada katalog awam dalam talian. Dalam kawat carian, saudara boleh taip kata carian sosiolonguistik dan maklumat serta bahan yang diperlukan berkaitan sosiolinguistik akan dipaparkan pada skrin. Semoga berjaya. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain30.10.2006
apakah definisi bagi sosialinguistik bahasa?Menurut Kamus Dewan, sosiolinguistik ialah kajian bahasa dlm hubungannya dgn struktur dan sikap masyarakat. Namun demikian, bagi membantu saudara mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan sosiolonguistik, saudara boleh mengunjungi laman web DBP di www.dbp.gov.my dan pada perkhidmatan menu utama, saudara boleh klik pada katalog awam dalam talian. Dalam kawat carian, saudara boleh taip kata carian sosiolonguistik dan maklumat serta bahan yang diperlukan berkaitan sosiolinguistik akan dipaparkan pada skrin.Makna07.08.2008
maklumat tentang laras bahasa sains dan matematik (sosiolinguistik)Ciri laras bahasa sains dan matematik ialah ayat pendek serta menggunakan istilah dan simbol khusus. Sila rujuk buku - buku berkaitan penulisan saintifik.Makna12.01.2007
Saya ingin mengetahui tentang apakah yang dimaksudkan dengan taboo dalam bahasa melayu?Adakah ia mempunyai kaitan dengan penggunaan bahasa kasar dan bahasa halus dalam bahasa melayu?Adakah ia juga berkaitan dengan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat?Apakah yang dimaksudkan dengan sosiolinguistik?Taboo dalam bahasa Melayu bermaksud pantang larang (kepercayaan) dan tiada kaitan ddn bahasa halus atau kasar. Sosiolinguistik ialah kajian bahasa dlm hubungannya dgn struktur dan sikap masyarakat.Makna19.07.2007
Saya ingin bertanya dimanakah saya boleh mencari jurnal-jurnal bahasa melayu dan jurnal-jurnal bahasa inggeris yang berkaitan dengan bidang sosiolinguistik dan linguistik selain di perpustakaan univerisiti dan internet ?Puan boleh datang ke Dewan Bahasa dan Pustaka kerana kami juga mempunyai perpustakaan yang menyediakan pelbagai bahan rujukan.Lain-lain04.05.2017
apakah makna linguistik terapan?Secara umumnya, linguistik terapan ialah ilmu bahasa yang berusaha menerapkan hasil penelitian dalam bidang linguistik untuk keperluan praktik. Bidang Linguistik Terapan  mencakupi bidang pengajaran bahasa, penerjemahan, leksikolografi, fonetik terapan, sosiolinguistik terapan, pembinaan bahasa internasional, pembinaan bahasa khusus, linguistik medis, grafologi, dan mekanolinguistik.Makna22.09.2014
perbezaan makrolinguistik dengan mikrolinguistik

Mikrolinguistik merupakan bidang teoretis dalam linguistik. Cabang ini dibagi menjadi dua iaitu umum dan untuk bahasa-(bahasa) tertentu. Yang bersifat umum meliputi teori-teori linguistik yang terdiri dari fonologi (sistem bunyi bahasa), struktur (morfologi ‘tata kata’ dan sintaksis ‘tata kalimat’), serta sistem makna (semantik). Selain itu, ada linguistik deskriptif dan linguistik historis komparatif. Bidang teoretis untuk bahasa-(bahasa) tertentu meliputi linguistik deskriptif dan linguistik historis komparatif.

Makrolinguistik dibagi menjadi dua kelompok. Kelompok pertama merupakan bidang interdisipliner dan kelompok kedua adalah bidang linguistik terapan. Cabang-cabang linguistik yang termasuk dalam bidang interdisipliner adalah sosiolinguistik, psikolinguistik, neurolinguistik, etnolinguistik, kriminolinguistik, fonetik (akustik dan auditoris), stilistika, filsafat bahasa, filologi (mempelajari bahasa, kebudayaan, pranata dan sejarah suatu bangsa melalui naskah-naskah lama), semiotika (ilmu tentang tanda), epigrafi (ilmu tentang tulisan kuno pada prasasti-prasasti), serta paleografi (penafsiran tulisan kuno). Kelompok bidang makrolinguistik kedua adalah bidang-bidang terapan, yaitu pengajaran bahasa, penerjemahan, leksikografi (linguistik terapan yang mencakup metode dan teknik penyusunan kamus), fonetik terapan, sosiolinguistik terapan, pembinaan bahasa internasional, pembinaan bahasa khusus, linguistik medis, grafologi, mekanolinguistik (linguistik komputasi, bidang linguistik terapan yang mencakup penggunaan linguistik untuk ilmu komputer dan usaha untuk membuat mesin penerjemahan; memanfaatkan komputer dalam penelitian bahasa).

Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman berikut: 

http://prasastibahasa.com/?p=19.

cakrabuwana.files.wordpress.com/.../linguistik-klmpok-3-rombel-3.pdf

Makna22.10.2009
Harus Jujur Aug 14th, 5:44pm Maaf..saya ada soalan..bole saya tahu, adakah bahasa pendidikan melayu di malaysia sama seperti bahasa melayu pendidikan di singapura?..sbb saya ada dpt contoh dari pelajar di malaysia(sepupu) tentang ejaan bahasa melayu yg betul..kerana muskil saya bertanya di lelaman ini..jutaan terima kasih.Sistem bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Singapura adalah sama. Malahan Singapura juga menjadi pemerhati dalam Sidang MABBIM, iaitu Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia. Walaupun begitu aspek budaya antara kedua-dua negara tidaklah sama seratus peratus. Hal ini memberikan kesan kepada aspek sosiolinguistik dalam bahasa tersebut.Lain-lain14.08.2015
12

Kembali ke atas