Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sio.ling.guis.tik] | سوسيوليڠݢوءيستيک

Definisi : kajian bahasa dlm hubung­annya dgn struktur dan sikap masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosiolinguistik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sociolinguisticssosiolinguistikSosiolinguistikTiadaCabang ilmu Iinguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Antara tumpuan kajian ialah kumpulan masyarakat, sikap masyarakat pada bahasa, bahasa standard dan tidak standard dan sebagainya.
commandperintahSosiolinguistikTiadaPengklasifikasian fungsi ayat dan didefinisikan kadang-kadang mengikut nahu, dan kadang-kadang berasaskan semantik dan sosiolinguistik.
acrolectakrolekSosiolinguistikTiadaBahasa asing yang digunakan oleh penutur kreol untuk berkomunikasi dengan komuniti luar. Contohnya ialah bahasa lnggeris versi tempatan yang digunakan di Guyana.
acrophonyakrofoniSosiolinguistikTiadaRepresentasi bergambar bagi objek seperti lambang fonetik bagi bunyi awal atau suku kata bagi nama sesuatu objek.
accentaksenSosiolinguistikTiadaPengucapan individu dan selalunya dikaitkan dengan negeri asalnya, sama ada penentuan secara daerah mahupun sosialnya.
argotargotSosiolinguistikTiadaKata atau ungkapan yang dapat difahami oleh pendengar yang tidak tahu atau tidak biasa dengan sesuatu bahasa itu.
autonomyautonomiSosiolinguistikTiadaPerihal ilmu atau disiplin yang boleh berdiri sendiri.
basilectbasilekSosiolinguistikTiadaTatatingkat terendah dalam variasi bahasa kreol.
boustrophedonboustrofedonSosiolinguistikTiadaKaedah menulis yang memperlihatkan tiap-tiap baris berselang-seli dari kanan ke kiri dan dan kiri ke kanan, atau dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Contohnya sistem tulisan Jawi atau tulisan Jepun.
modecaraSosiolinguistikTiadaPerantara bagi aktiviti berbahasa yang menentukan bentuk bahasa yang bakal digunakan dalam satu-satu situasi. Contoh bahasa ucapan lawan bahasa penulisan, format bahasa (seperti akhbar, puisi dan lain-lain).
12345678910...

Kembali ke atas