Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sio.lo.gi] | سوسيولوݢي

Definisi : kajian tentang perkembangan, or­ganisasi, kehidupan, dsb masyarakat manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.sio.lo.gi] | سوسيولوݢي

Definisi : ilmu pengetahuan ttg ma­syarakat (termasuk cara kehi­dup­annya, pertumbuhannya dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosiologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOSIOLOGI

Sosiologi ialah satu kajian tentang individu,

kumpulan, dan institusi yang membentuk

masyarakat manusia. Bidang sosiologi meliputi

lapangan yang cukup luas, termasuk setiap aspek

tentang keadaan sosial manusia. Ahli sosiologi

meneliti dan merekod bagaimana manusia

berhubung sesama mereka dan dengan

persekitaran mereka. Mereka juga mengkaji

pembentukan kumpulan; sebab-sebab pelbagai

bentuk tingkah laku sosial; dan peranan sekolah

institusi dan lain yang wujud di kalangan

masyarakat. Sosiologi ialah salah satu bidang

sains sosial dan amat rapat hubungannya

dengan antropologi, psikologi, dan sains sosial

yang lain.

UMUM 
DURKHEIM, EMILE

Durkheim, Emile (1858–1917) ialah ahli

sosiologi Perancis. Teori dan tulisannya membantu

meletakkan asas sosiologi moden.

UMUM 
MASYARAKAT

Masyarakat lihat Sosiologi.

UMUM 
MYRDAL, ALVA REIMER

Myrdal, Alva Reimer (1902–1986) ialah

diplomat Sweden dan ahli sosiologi. Dia menjadi

popular kerana menggalakkan perlucutan senjata

nuklear dan keamanan dunia. Dari tahun 1962

hingga tahun 1973, dia mengetuai delegasi

Sweden ke Persidangan Perlucutan Senjata

Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland.

Myrdal berkongsi Hadiah Nobel Keamanan pada

tahun 1982 dengan Alfonso Garcia Robles dari

Mexico. Dia menulis The Game of Disarmament

(1976) dan War, Weapons, and Everyday Violence

(1977), beberapa buah buku lain dan beberapa

artikel tentang perlucutan senjata.

Myrdal lahir di Uppsala, Sweden. Dia lulusan

dari University of Stockholm dan menerima ijazah

sarjana dari University of Uppsala. Myrdal

menjadi duta wanita pertama Sweden. Suaminya,

Gunnar Myrdal ialah ahli sosiologi dan ekonomi.

UMUM 
MYRDAL, GUNNAR

Myrdal, Gunnar (1898–1987) ialah ahli sosiologi

dan ekonomi Sweden. Dia terkenal melalui

kajiannya tentang masalah utama dunia. Bukunya,

An American Dilemma: The Negro Problem and

Modern Democracy (1944) dianggap sebagai

kajian yang luar biasa tentang hubungan ras di

Amerika Syarikat. Kajian Myrdal tentang

pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara

mundur telah menghasilkan penulisan berjudul

Asian Drama: An Inquiry into the Poverty of

Nations (1968). Buku itu cuba menghuraikan punca

terlalu ramai penduduk miskin di bahagian

selatan Asia dan tindakan yang boleh dilakukan.

UMUM 
MERTON, ROBERT KING

Merton, Robert King (1910–2003), ahli

sosiologi Amerika. Dia terkenal kerana

menggabungkan teori sosial dengan penyelidikan

kuantitatif (statistik).

Dalam bukunya Science, Technology and

Society in Seventeenth Century England (1938),

Merton membincangkan sumbangan kekuatan

budaya, ekonomi dan sosial kepada

perkembangan sains moden. Dia menyimpulkan

bahawa ramai reformis Protestan, termasuk

golongan Puritan Inggeris, secara tidak langsung

telah menolong sains moden dengan

menggalakkan orang membuat kajian terhadap

alam tabii.

UMUM 
PARETO, VILFREDO

Pareto, Vilfredo (1848–1923), ahli sosiologi dan

ekonomi Itali yang terkenal terutama kerana

teorinya tentang tingkah laku politik.

UMUM 
TINGKAH LAKU KOLEKTIF

Tingkah laku kolektif ialah suatu istilah dalam

bidang sosiologi yang merujuk kepada cara orang

bertindak semasa berada dalam kumpulan orang

ramai dan dalam kumpulan ramai lain yang agak

tidak tersusun. Pelbagai jenis tingkah laku kolektif

termasuk sifat kegila-gilaan, cemas dan rusuhan.

Tingkah laku kolektif sering timbul dalam situasi

yang merangsang emosi orang. Situasi tersebut

termasuk acara bersukan, tunjuk perasaan

membantah dan malapetaka.

UMUM 
SENJANG BUDAYA

Senjang budaya ialah kegagalan beberapa

bahagian kebudayaan untuk menjadi seiring

dengan bahagian-bahagian lain yang berkaitan.

William F. Ogburn, ahli sosiologi Amerika,

memperkenalkan istilah ini pada tahun 1920-an.

Dia menegaskan bahawa perkembangan

teknologi menyebabkan perubahan pesat berlaku

pada kebudayaan kebendaan , termasuk

perumahan, jentera, dan proses industri. Tetapi

dia melihat bahawa kebudayaan bukan

kebendaan , termasuk idea, nilai, dan sistem

sosial, biasanya berada terbelakang daripada

kebudayaan kebendaan

UMUM 
DETERMINISME

Determinisme ialah doktrin falsafah yang mempercayai bahawa segala tindakan manusia mempunyai sebab musabab psikologi, sosiologi dan sebagainya.

FALSAFAHAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
12

Kembali ke atas