Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.ya] | سويا

Definisi : ; kacang ~ sj tumbuhan (herba yg buahnya boleh dimakan), Glycine soja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.ya] | سويا

Definisi : ; kacang ~ nama sj herba yg biji kacangnya banyak berisi zat; kacang kedelai, Glycine max. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata soya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan “whole” dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan “dalam bentuk asalnya”. Adakah terdapat padanan lain yang lebih sesuai atau jelas untuk menggantikan padanan ini? Fermented soya bean product 221. (1) Fermented soya bean product shall be the soya bean, whole or ground, that have been fermented with harmless microorganism. It may contain other wholesome food. The product shall not be a sauce and includes tauju or sufu, and tauceong or taucu. Produk kacang soya tertapai 221. (1) Hasil Produk kacang soya tertapai hendaklah merupakan kacang soya, dalam bentuk asalnya atau dikisar, yang telah ditapai dengan mikroorganisma tidak berbahaya. Ia boleh mengandungi makanan lain yang selamat dimakan. Hasil Produk tersebut itu tidak boleh menjadi kicap dan termasuklah tauju atau sufu, dan tauceong atau taucu.Padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul.Penyemakan dan penterjemahan30.06.2021
Saya NANDHANA ingin tanya satu soalan .Adik ---- gelas plastik itu dengan air soya. A menuang B menuangi C menuangkan.
 Adik _____________ gelas plastik itu dengan air soya. JAWAPAN B. menuangi
Tatabahasa05.09.2015
Adakah ayah di bawah betul? 1. Mereka yang dingin sifat badannya sering mengalami sakit sendi. 2. Wanita yang dingin sifat badannya boleh meminum air soya. 3. Merujuk kepada ayat-ayat di atas, adakah benar bahawa tidak boleh guna "nya" lagi (badannya). Terima kasih Terima kasih.-nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya.
Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam.
Ayat yang diberikan adalah betul.
Tatabahasa12.01.2018

Kembali ke atas