Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sper.ma] | سڤرما

Definisi : (Bio) benih (haiwan) jantan, sel pembiakan (haiwan) jantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sper.ma] | سڤرما

Definisi : benih yg dikeluarkan oleh orang lelaki atau oleh binatang jantan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sperma


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Persenyawaan ialah proses percantuman atau pencantuman nukleus sperma dengan nukleus ovum. Mohon penjelasan bagi penggunaan percantuman atau pencantuman. Terima kasihPenggunaan kata yang betul ialah percantuman, iaitu daripada kata dasar bercantum.Istilah01.09.2021
Boleh terjemahkan perkataan di bawah: extender for freezing media for spermIstilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pengekal media sejuk beku untuk sperma.Istilah16.04.2012
assalamualaikum tuan, untuk makluman tuan, saya kini dalam tindakan untuk menyediakan sighah fatwa dalam versi jawi bagi tujuan pewartaan, sehubungan dengan itu, mohon pengesahan berhubung ejaan jawi bagi beberapa perkataan berikut: 1) enakmen 2) syiah 3) takaful 4) kedudukan 5) kalimah 6) akidah 7) Islam 8) ajaran 9) lain-lain 10) syubhah 11) sperma, embrio dan ovum segala kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai.Seperti Lampiran.Ejaan23.07.2013
1)Advanced Reproductive Biotechnology Lab artificial insemination & embrio collection area, semen collection area, sperm lab,cold room, blood processing area,visitor room,multimedia room,garage. 2)Advanced Reproductive Biotechnology Office manager room, conference room, officer area, surau, pantry, waiting area. 3)Veterinary Lab/ISO Office veterinary room, ISO Office, Pantry. 4)Central Performance testing (CPT) 5)Store 6)Cattle Shed1)Makmal Bioteknologi Pembiakan ruang permanian beradas dan pungutan embrio,bilik bilik pungutan semen makmal sperma, bilik sejuk, ruang pemprosesan darah, bilik pelawat, bilik multimedia, garaj. 2)Pejabat Bioteknologi Pembiakan Lanjutan bilik pengurus, bilik persidangan,ruang pejabat, surau, pantri, ruang menunggu. 3)Makmal Veterinar/Pejabat ISO bilik vaterinar, Pejabat ISO, Pantri. 4)Ujian Prestasi Berpusat (UPB) 5)Stor 6)Kandang Lembu.Istilah25.11.2011
Sri Shan Balaraman ISN 11.07 PAGI Selamat pg... saya ingin kepastian tentang penggunaan perkataan sesetengah... adakah 'sesetengah' digunakan utk merujuk kpd manusia shj atau blh digunakan utk merujuk haiwan, tumb dan perkara. Terima kasih.Selamat Pagi. Merujuk kepada Kamus Dewan perkataan “sesetengah” membawa maksud beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya dan setengah-setengah. Sesetengah juga boleh digunakan selain daripada manusia contohnya seperti ayat berikut. i. sesetengah jenis lebah dan sesetengah penyengat. ii. sesetengah tasik terletak berdekatan iii. sesetengah tumbuhan hijau iv. sesetengah ikan paus sperma v. sesetengah buah sitrus adalah oren, limau gedang, limau Ini bermakna perkataan sesetengah boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat, tidak kiralah sama ada manusia, binatang tumbuhan atau benda-benda lain.Tatabahasa29.05.2017
Boleh saya dapatkan terjemahan untuk istilah berikut: i. xylol ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate iii. sperm mid-piece iv. straight-line velocity (VSL) v. average-path velocity (VAP) vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) vii. curvilinear velocity (VCL) viii. beat cross frequency (BCF) Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut:

i. xylol - xilol

ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate - N-[2-hidroksietil]piperazina-N'-[asid etanasulfonik] aluminium kalium sulfat dodekahidrat 

iii. sperm mid-piece - bahagian tengah sperma

iv. straight-line velocity (VSL) - halaju garis lurus

v. average-path velocity (VAP) - halaju laluan purata

vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) - amplitud alihan sisi sentroid

vii. curvilinear velocity (VCL) - halaju garis melengkung

viii. beat cross frequency (BCF) - frekuensi silang rentak
Istilah15.04.2012

Kembali ke atas