Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sper.ma] | سڤرما

Definisi : (Bio) benih (haiwan) jantan, sel pembiakan (haiwan) jantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sper.ma] | سڤرما

Definisi : benih yg dikeluarkan oleh orang lelaki atau oleh binatang jantan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sperma


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAUS SPERMA UMUM 
SPERMASETI

Spermaseti ialah bahan melekit yang didapati

daripada kepala paus sperma yang sangat besar.

Bluber paus sperma juga mengandungi bahan ini.

Spermaseti digunakan sebagai bahan untuk

membuat beberapa jenis salap dan krim muka. Ia

pernah digunakan untuk membuat lilin. Spermaseti

juga didapati daripada paus “berhidung-botol” dan

paus raksasa “berhidung-botol”. Spermaseti

mungkin mempunyai fungsi untuk paus, tetapi

tiada siapa pun yang tahu apa fungsinya.

Lihat juga Paus sperma.

UMUM 
AMBERGRIS

Ambergris ialah bahan berlilin yang terdapat

dalam usus sesetengah ikan paus sperma. Ia

berbau kuat apabila dikeringkan dan digunakan

dalam minyak wangi yang mahal.

UMUM 
ZAKAR

Zakar ialah organ pembiakan luaran pada lelaki.

Pada lelaki dan kebanyakan mamalia jantan, air

kencing dan bendalir pembawa sperma yang

dikenali sebagai semen , keluar melalui zakar.

UMUM 
EMBRIO

Embrio ialah haiwan atau tumbuhan pada

peringkat awal perkembangannya. Embrio

terbentuk daripada pembiakan seks apabila sel

sperma jantan bersatu dengan sel telur betina atau

ovum. Penyatuan ini dinamakan persenyawaan.

UMUM 
PERSENYAWAAN

Persenyawaan ialah proses penyatuan sel seks

jantan dan betina untuk membentuk individu baru.

Ia adalah langkah pertama dalam pembiakan seks.

Sistem pembiakan jantan mengeluarkan sel seks

yang disebut spermatozoa , atau sperma . Sistem

pembiakan betina mengeluarkan sel seks yang

disebut telur . Telur yang tersenyawa, yang terhasil

daripada penyatuan sperma dan telur, dikenali

sebagai zigot . Apabila zigot membesar lagi, ia

menjadi embrio . Rencana ini membincangkan

persenyawaan di kalangan haiwan. Untuk

maklumat tentang persenyawaan di kalangan

tumbuhan, lihat Tumbuhan (Bagaimana tumbuhan

membiak).

UMUM 
KEHAMILAN

Kehamilan ialah tempoh apabila seseorang

wanita mengandung sebelum bersalin. Kehamilan

bermula dengan konsepsi yakni persenyawaan

telur oleh sperma dan berakhir dengan pelahiran,

iaitu proses bersalin.

UMUM 
TIUB FALOPIO

Tiub Falopio , yang juga dinamakan salur ovum

atau salur tiub uterus adalah satu daripada

sepasang organ pembiakan perempuan tempat

telur dari ovari lalu untuk ke uterus. Tiub Falopio

ialah tempat telur disenyawakan oleh sperma

lelaki. Lihat Pembiakan manusia (Sistem

pembiakan manusia; gambar).

UMUM 
TESTIKEL

Testikel ialah sistem pembiakan lelaki berupa

kelenjar kecil berbentuk bujur. Testikal ini dikenali

juga sebagai testes (tunggal, testis ) tergantung di

belakang penis lelaki dalam karung yang dikenali

sebagai skrotum . Testis mempunyai dua fungsi

utama (1) menghasilkan sperma (2) merembeskan

hormon seks lelaki, terutama testosteron .

UMUM 

Kembali ke atas